#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain October 25, 2023 @ 5:20pm

#ThrowbackXTRA: Lali Dibandingkan Dengan Vokalis Lama, Regina Poetiray Ada Kekuatan Tersendiri Untuk Geisha

Pernah terkenal menerusi lagu Cinta dan Benci suatu ketika dahulu, kini kumpulan Indonesia Geisha tampil dengan vokalis baharu, Regina Poetiray sekali gus menggantikan penyanyi lamanya, Momo Geisha.

Kini, kumpulan itu telah dianggotai oleh empat ahli iaitu Regina, Alief Firman, Andri dan Dhan.

Sebelum ini, pertukaran vokalis kumpulan itu menjadi bualan ramai bahkan ramai yang lebih gemar mendengar lagu-lagu kumpulan itu disampaikan oleh penyanyi lamanya, Momo.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, kumpulan Geisha tampil berkongsi cabaran awal yang mereka hadapi selepas menggantikan Momo dengan Regina sebagai vokalisnya.

Tentangan Sebagai Penguat

Menurut Dhan selaku pemain keyboard kumpulan itu, pada awalnya mereka mendapat pelbagai perbandingan dari pendengar setia mereka yang lebih suka mendengar Momo berbanding Regina.

Namun, dia bersyukur kini Regina mula mendapat tempat dihati peminat.

“Perbandingan itu pasti ada. Ketika kami putuskan untuk bersama dengan Regina tu penggemar Geisha sudah terbiasa dengan suara Momo. Jadi ada yang boleh terima dan tidak boleh terima.

“Tapi, sekarang ni rata-ratanya sudah boleh menerima kerana genre kami sudah ada sedikit perubahan,” katanya.

Dalam pada itu, Regina turut menyatakan kini dia menganggap peminat mereka sebagai penguat semangatnya selepas mendapat pelbagai kritikan dan suatu ketika dahulu.

“Pada awalnya, memang semuanya jadi satu tentangan dan cabaran. Tapi, makin lama saya makin diterima ramai kerana pendengar kami sekarang juga semakin menyokong kami bersama.

“Jadi, kritikan itu sekarang ni hanya buat saya lebih semangat dan saya mahu lebih banyak belajar lagi,” jelasnya.

Perkembangan Terkini

Kini, kumpulan itu sedang giat menyiapkan mini albumnya yang berjudul, Love Recalls Version dengan membawakan lagu-lagu Geisha yang lama dalam versi baharu.

“Sekarang ini kami ada projek baru, kami buat mini album khusus untuk lagu-lagu Geisha yang lama tapi kita perbaharui dengan nuansa muzik yang baru.

“Setakat ini, kita dah keluarkan lagu Cinta dan Benci dengan Takkan Pernah Ada dan masih berbaki lagi tiga lagu sahaja yang belum dikeluarkan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 28 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 24 Apr 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 13 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 6 Sep 2023