#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain June 28, 2023 @ 5:28pm

#ThrowbackXTRA: Sharifah Rose Kongsi Kehidupan Sebelum Popular, Korban Pelajaran Demi Kerjaya

Sejak popularitinya semakin meningkat naik, pelakon Sharifah Rose mengakui dirinya tidak boleh lari dari cabaran dan kecaman sepanjang bergelar anak seni.

Namun, perkara itu juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar impian dan cita-citanya memandangkan banyak perkara yang sudah dikorbankan sebelum menjadi seorang pelakon.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, tampil berkongsi kehidupannya sebelum meraih populariti dalam industri lakonan tanah air.

Influencer, Model & Pelakon

Menurut Rose, dia merupakan seorang pempengaruh atau influencer dan model sebelum meniti kejayaan dalam bidang lakonan.

Demi mengubah kerjaya hidup, Rose nekad untuk menceburi bidang lakonan dan muncul menerusi drama bersiri TV3 yang berjudul Mr. Bodyguard buat pertama kali.

“Sebelum berlakon, saya merupakan seorang influencer dan model. Saya juga pernah bekerja di kafe. Bagi saya, kehidupan sebagai pempengaruh dan model lebih mudah berbanding berlakon kerana saya tidak perlu bercakap apa-apa dan posing sahaja.

“Tapi antara sebab saya pilih untuk masuk ke dunia lakonan pun sebab saya inginkan pembaharuan dan kepelbagaian dalam karier. Kalau jadi model dan influencer, balik kita kena buat benda yang sama sahaja, jadi saya pun jadi tepu,” katanya.

Harapan Keluarga VS Impian

Dalam keseronokan mengejar impian sebagai anak seni, Rose menyatakan bahawa dia terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda pada ketika itu.

Bagi Rose, dirinya tidak mampu membahagikan masa sebaik mungkin kerana jadualnya terlalu padat dengan sesi penggambaran.

“Ketika itu, saya masih belajar degree lagi dan hanya tinggal tiga semester sahaja nak habis. Pada awalnya, saya ingat boleh seimbangkan masa untuk berlakon dengan study tapi tak boleh dan sangat penat.

“Banyak benda saya perlu tumpukan untuk lakonan dan pelajaran dalam satu masa. Saya sampai dapat panggilan dari pihak universiti untuk pilih sama ada gantung atau masuk kelas.

“Bila mereka kata tak boleh tangguhkan pelajaran lagi sehingga saya terpaksa berbincang dengan ibu bapa untuk tidak teruskan pengajian,” katanya.

Enggan menghampakan harapan kedua ibu bapanya, Rose turut mengakui dirinya mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran semula biarpun sibuk bekerja.

“Sebagai ibu bapa, mereka selalu utamakan pelajaran. Tapi itu adalah salah satu keputusan yang paling susah saya pernah buat. Saya tak tahu pula masa baru-baru berlakon tu dah kena kecam sampai tak boleh tidur waktu tu.

“Tapi masa tu juga saya cuba sehabis baik untuk jadikan drama itu naik supaya boleh bantu saya berkembang dalam industri lakonan. Alhamdulillah, keputusan itu juga adalah keputusan yang terbaik yang pernah saya buat.

“Saya ada terfikir nak sambung balik sebab itu pun harapan keluarga saya sebab saya anak sulung. Tapi disebabkan sekarang saya terlalu banyak komitmen sebab dah ada perniagaan sendiri dan berlakon, saya rasa saya belum boleh bahagikan masa lagi,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 21 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Dec 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 8 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023