#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain September 27, 2023 @ 4:34pm

#ThrowbackXTRA: Jadi Arkitek Sebelum Ceburi Bidang Muzik, Jom Kenali Sid Murshid!

Umum mengetahui, tidak mudah untuk sesetengah selebriti untuk menempa nama dalam industri seni sama ada bidang muzik atau lakonan.

Begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh penyanyi dan pempengaruh Sid Murshid yang sudah menceburi industri muzik tanah air sejak 7 tahun yang lalu.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Sid akan berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar anak seni.

Latar Belakang Sebelum Bergelar Anak Seni

Sebagai anak seni, Sid meluahkan hasratnya agar dirinya lebih dikenali ramai biarpun sebelum ini dia lebih aktif di belakang tabir.

Menurut pelantun lagu I X Kesah itu, sebelum menceburi industri muzik, dia juga merupakan seorang arkitek dan sempat berkhidmat selama setahun.

“sebelum ni saya seorang freelancer yang bekerja dalam bidang production sebagai pembantu director. Music production pun saya pernah bekerja dengan Omar K & Ezra Kong.

“Mereka juga pernah buat lagu untuk saya dan mereka jugalah idola saya dalam bidang muzik ini

“Saya belajar piano sampai gred 4 kemudian saya berhenti sebab tak suka belajar dari buku. Jadi saya belajar dari internet. Saya juga belajar alat muzik lain macam violin, sexaphone, drum dan gitar.

“Saya menyanyi dari 7 tahun yang lalu. Saya sebelum ni belajar dalam bidang Architecture dan pernah bekerja selama setahun. Tapi, saya pergi juga buat open mic dekat tempat perform yang free,” katanya.

Bidang Masakan Buat Nama Lebih Dikenali

Mengakui namanya mula dikenali selepas membuat content masakan di TikTok, Sid bagaimanapun menyatakan dirinya lebih minat bidang muzik.

Menurut Sid, dia bersyukur cuba mengintai dunia masakan setahun yang lalu kerana secara tidak langsung boleh menonjolkan bakatnya dalam bidang muzik.

“Bagi saya arkitek tu buat saya rasa bertuah bila belajar bidang tu sebab saya tahu semua benda tentang satu perkara. Jadi bila memasak dan menyanyi ni sama sahaja macam bidang tu.

“Saya mula menyanyi dulu baru memasak. Untuk content creator memasak tu saya baru je mula dari tahun lalu. Alhamdulillah, tak sangka dapat sambutan.

“Apa yang membezakan saya dengan content creator masakan yang lain bagi saya sebab minat saya dalam muzik. Bila saya gabungkan kedua-duanya, itulah punca bermulanya karier saya.

“Saya pernah berpeluang untuk tulis lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2018 tajuk lagu Hiasi Duniaku dan Alvin Chong,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 11 Oct 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 13 Dec 2023

#ThrowbackXTRA: Elizabeth Tan Hargai Momen Indah Sepanjang 1 Dekad Dalam Industri

Untuk menempa nama selama 10 tahun di dalam industri hiburan tanah air, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, kenangan manis yang menjadi pembangkit semangat dalam setiap karier seni penyanyi Elizabeth Tan mendorongnya untuk melangkah lebih […]

#ThrowbackXTRA Wed, 4 Oct 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 13 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 28 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023