#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain October 11, 2023 @ 5:09pm

#ThrowbackXTRA: Mula Dari Bawah, Aisha Retno Tak Patah Semangat Tempa Nama Dalam Industri

Penyanyi Aisha Retno mengakui untuk meniti kejayaan dalam industri muzik tanah air bukanlah suatu perkara yang mudah.

Selain usaha dan kerja keras, Aisha perlu meneroka pelbagai jalan yang berliku untuk memastikan namanya lebih dikenali dan kekal relevan dalam industri.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Aisha tampil berkongsi secara eksklusif setiap cabaran yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu sebelum dikenali ramai.

Permulaan Kerjaya Seni

Menurut Aisha, dia sudah mula berjinak-jinak dalam industri seni sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah dirinya dilamar oleh syarikat rakaman, Sony Music Malaysia.

“Saya mula dengan memasuki pertandingan nyanyian. Pertandingan pertama yang saya join adalah pertandingan nasyid ketika sekolah rendah dan menengah.

“Lepas SPM syarikat Sony Music Malaysia tawarkan saya jadi artis di bawah naungan mereka. Tapi perjalanannya tidak mudah walaupun dah keluarkan single pertama yang berjudul, Mengikat Jiwa tapi orang belum kenal saya.

“Sebelum ini saya menetap di Indonesia, apabila bermastautin di Malaysia saya rasa agak struggle juga untuk adapt.

“Lepastu, saya join Vokal Mania dan saya dapat jadi Juara. Kemudian, saya release single W.H.U.T dan join lagi Big Stage.

“Dari Big Stage lah terbuka rezeki saya dengan banyak peluang yang saya mampu capai. Dan sekarang pun saya masih struggle untuk mendapat nama dalam industri tapi saya happy dengan apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Cipta Kreativiti & Identiti Tersendiri

Selain bernyanyi, Aisha juga membawa identitinya tersendiri dengan menonjolkan bakatnya yang pandai bermain pelbagai alat muzik.

Aisha bagaimana pun menyatakan kemahiran bermain alat muzik itu penting buatnya kerana mampu membuatnya menjadi seorang yang lebih kreatif

“Saya memang suka cuba sesuatu yang baru ketika di sekolah. Jadi ibu saya ambil alternatif untuk belajar bermain alat muzik sekitar usia lima tahun. Tapi pada 10 tahun saya pergi ke kelas muzik.

“Saya rasa dengan main alat muzik ni kita boleh jadi seorang yang kreatif dan bila nak buat lagu ke apa akan lebih mudah,” jelasnya.

Bangkit Dari Kecaman

Lumrah sebagai penggiat seni, Aisha juga antara selebriti yang tidak dapat lari dari kecaman dan tohmahan netizen.

Namun, dia memilih untuk menjadikannya sebagai satu motivasi dan perbaiki kekurangan yang ada.

“Sebagai manusia biasa pun mesti ada orang tak suka dan dengki dengan kita. Saya rasa itu adalah fasa yang normal apabila kita diuji untuk menjadikan kita seorang artis yang berkalibel sama ada sabar dengan ujian atau pun tidak.

“Ada yang kata saya tak perlu menyanyi dan mereka meminta saya untuk jadi model je. Saya rasa itu satu kutukan yang buat saya rasa sedih sebab orang tak tengok bakat saya dan mereka hanya melihat rupa.

“Saya bersyukur diberikan rupa paras yang baik. Tapi saya ingin dikenali kerana bakat. Tapi saya anggap itu satu motivasi untuk menyanyi dengan baik sebab saya fikir mereka ingat nyanyian saya masih belum memuaskan mereka.

“Tapi saya takkan give up dan terus belajar sebab ada support system yang sangat baik sepanjang jatuh bangun dalam roda-roda industri muzik ini,” kongsinya.

Ingin Cipta Tanda Aras Yang Baik Dalam Kerjaya

Tetap syukur dengan setiap kejayaan kecil yang dimiliki, pelantun lagu W.H.U.T ini mengimpikan bakatnya nyanyiannya disedari ramai dan kekal relevan dihati pendengar setianya.

“Tak pernah ada plan bertulis untuk penuhi impian untuk capai sesuatu setiap tahun. Saya serahkan segalanya pada rezeki. Bila saya dah kaji industri muzik ni, dia punya rentak sebenarnya sama.

“Apa yang kita dapat tu mesti datang dalam bentuk yang tidak dijangka. Impian saya setakat ini adalah untuk kekal relevan dan dapat pendengar yang setia dengan sangat.

“Kalau ada peluang saya nak sangat mempertaruhkan lagu-lagu saya dipentas besar macam AJL dan sebagainya sebab saya rasa itu salah satu tanda aras yang cukup baik.

“Untuk jangka pendek, saya hanya nak buat yang terbaik bila dapat tawaran untuk membuat persembahan di mana-mana dan buat ibu bapa saya bangga,” katanya.

Pencapaian Kecil Dianggap Besar

Dalam pada itu, Aisha turut berkongsi rasa syukurnya apabila menyedari dirinya kini mula dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas namanya terpampang di Billboard New York. pada tahun lalu.

“Setakat ni, semua pencapaian yang saya dapat saya anggap besar. Contohnya dapat peluang nama dan single saya terpampang di Billboard New York pada tahun lalu dan orang semakin kenali saya.

“Lagu saya pun sudah dikenali di Indonesia terutamanya lagu saya W.H.U.T sudah mencapai 50 juta strim walaupun orang lain anggap benda itu kecil.

“Paling penting, saya dapat membalas jasa ibu bapa saya dengan membuat sesuatu yang membanggakan mereka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 13 Dec 2023

#ThrowbackXTRA: Elizabeth Tan Hargai Momen Indah Sepanjang 1 Dekad Dalam Industri

Untuk menempa nama selama 10 tahun di dalam industri hiburan tanah air, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, kenangan manis yang menjadi pembangkit semangat dalam setiap karier seni penyanyi Elizabeth Tan mendorongnya untuk melangkah lebih […]

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 21 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 6 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Dec 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 13 Mar 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023