#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain October 4, 2023 @ 5:13pm

#ThrowbackXTRA: Dulu Berlima, Xpose Band Kini Kembali Bertiga Selepas 2 Tahun Menyepi

Umum mengetahui, sebelum ini kumpulan rock Expose Band terdiri daripada lima ahli anggota, sejak kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air.

Terdahulu, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Sandiwara itu dianggotai oleh Furhan, Eppy, Fakhrul, Zaim dan Taqim.

Kini, kumpulan itu hanya dianggotai oleh Furhan, Eppy dan Taqim dan mereka selesa bergerak secara bertiga.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Xpose yang kini terkenal dengan lagu Separuh Jiwa tampil berkongsi pasang surut kumpulan itu sepanjang menempa nama dalam industri muzik.

“Last kami keluarkan lagu pada tahun 2021. Lagu tu berjudul Jejak. Pada awalnya, Xpose ada lima ahli. Lepastu kurang seorang tapi kita ambil lagi seorang.

“Lepastu, dua keluar. Dan kita ambil lagi seorang nama dia, Nureen Qistina. Tapi, dia pun nak mendirikan rumah tangga dan ada komitmen sendiri serta tamat kontrak.

“Jadi, kita hormati keputusan dia dan kita selesa bergerak bertiga. Kalau kami ada show dan recording lagi kami akan ambil sessionist,” kata Furhan.

Namun, mereka menafikan kehilangan sebahagian anggota kumpulan itu bukanlah berpunca dari sebarang pergaduhan.

“Kami tak ada sebarang salah faham tapi cakar mulut tu memang normal lah. Tapi dalam satu organisasi tu, pergaduhan tu memang sentiasa berlaku.

“Kami anggap perkara itu satu kebaikan kerana kami bergaduh secara sihat untuk dapatkan idea yang bagus,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 10 Jan 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 20 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 27 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023