#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain November 22, 2023 @ 4:13pm

#ThrowbackXTRA: The Gadys Kongsi Cita-Cita Sebenar Sebelum Jadi Artis

Setiap individu pasti mempunyai cita-cita tersendiri semenjak di bangku sekolah tidak terkecuali mereka yang kini sudah bergelar artis.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, kami bawakan kumpulan The Gadys untuk berkongsi cita-cita sebenar mereka sejak di bangku sekolah.

Umum mengetahui, kini The Gadys dianggotai oleh tiga ahli kumpulan iaitu Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamieraa.

Menurut Ayunie, dia teringin sangat menjadi seorang pramugari suatu ketika dahulu dek kerana terpengaruh dengan sebuah drama bersiri yang berjudul, Awan Dania lakonan Scha Alyahya.

“Dari darjah 6 saya nak jadi pramugari sebab saya suka melawa.  Saya suka naik kapal terbang dan terpengaruh dengan cerita Awan Dania.

“Tapi bila dah besar, saya sambung pengajian dalam bidang lakonan di Aswara. So, jadilah artis dan cita-cita untuk jadi pramugari tu hanya 40 peratus dan masih boleh dipertimbangkan lagi,” kata Ayunie.

Menurut Aznie pula, dia sehingga kini menyimpan hasrat untuk menjadi seorang guru memandangkan dirinya sudah pun mendapat sokongan dari ibu tersayang.

“Cita-cita saya dari sekolah menengah sampai sekarang adalah menjadi seorang guru. Mak saya pun nak sangat saya jadi cikgu.

“Dia sampai sekarang hantar link kat saya untuk mohon jadi cikgu. Mak saya pun tak kisah kalau saya menyanyi dan menari. So, kata saya mungkin boleh mengajar untuk bidang ini.

“Sekiranya ada peluang, saya mungkin akan terus bersama dengan The Gadys dan saya ingin sambung Master dan cari masa untuk jadi cikgu,” katanya.

Sementara itu, anggota baharu kumpulan itu, Thamieraa menyatakan impiannya dari kecil ingin menjadi seorang penyanyi seperti ibu saudaranya, Stacy Anam.

Menurut Thamiera sebelum ini dia tidak pernah mendedahkan dirinya adalah anak saudara Stacy kerana ingin berdiri di atas bakat sendiri.

“Saya memang nak jadi penyanyi sebab dari kecil saya ikut ibu saudara saya, Stacy Anam menyanyi sana sini. Dulu masa kecil saya pernah masuk Tom Tom Bak dan ramai yang sudah tahu saya anak saudaranya.

“Jadi dari kecil sampai besar saya nak jadi penyanyi,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Apr 2019
Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

Featured Fri, 23 Dec 2022
Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Wed, 27 Sep 2023

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Min luvvvv! Lagu IGAU ni tonjolkan lagi vokal Vanessa 🫰🏻

Trending Tue, 3 Oct 2023

Netizen Salah Tempat Mengadu, Admin TV9 Respons Rintihan Mereka

Tak salah nak mengadu tapi jangan salah tempat hehehe

Featured Tue, 4 Apr 2023

[VIDEO] Berbuka Puasa Bersama Keluarga, Netizen Bersyukur Keadaan Kamal Adli Semakin Baik

Alhamdulillah.. Syukur. Semoga pasangan ini dan keluarga sentiasa dalam perlindunganNya