Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2024 @ 6:41pm

“Kalau Ada Suami Orang Nak Mengadu Masalah Peribadi, Jangan Dengar! Dia Nak Menggatal Je” – Che Ta

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tampil memberi pesanan ‘pedas’ kepada golongan wanita untuk tidak sama sekali ‘melayan’ lelaki berstatus suami orang.

Menerusi video tular di TikTok, Che Ta ini mengingatkan wanita untuk tidak mudah terpedaya dengan golongan lelaki mempunyai ciri-ciri seorang penggoda.

“Pesanan khidmat masyarakat ini untuk anak-anak dara yang tak mahu terjebak dengan suami orang.

“Kalau ada suami orang nak mengadu masalah, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal.

Jelasnya lagi, sesuatu hubungan yang terjalin secara terlarang boleh dielakkan sekiranya wanita tersebut tidak melayan lelaki tersebut.

“Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia, selamatkan diri sendiri daripada jantan gatal macam itu.

“Kalau jumpa suami orang dengan ular, ketuk dulu suami orang tu dulu. Itu semua punca.

“Kalau tak nak ada ‘affair’ dengan suami orang elak dari awal,” ujarnya.

Sementara itu, aktres drama Kiah Pekasam ini turut sempat memberi pesanan sama kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang turut kelihatan dalam video tersebut.

Che Ta berkata demikian bagi mengulas isu hangat mengenai ‘penyondol’ dan kes curang yang hangat menjadi perbualan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: Bukan Orang Senang, Che Ta Pernah Tinggal Di Kawasan Flat… Mahu Wanita Bangkit Dengan Pendapatan Sendiri

Artikel Berkaitan: “Cermin Diri Dulu Sebelum…” – Puji Tindakan Suami ‘Back Up’ Liyana Jasmay, Che Ta Gemar Bersiap Sebelum Jadi Artis Lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021
Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Setiap orang berhak bahagia kan.. Siapa pun pilihan mereka, kita doa je baik baik 🥰☺️

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.