Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2023 @ 4:45pm

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Desas-desus ada mengatakan bahawa pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura bakal bergandingan bersama dalam prekuel filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Bagaimanapun, Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan memberikan komen lanjut mengenai spekulasi tersebut.

Katanya, sebagai seorang artis mereka terikat dengan kontrak sekaligus menyerahkan hal tersebut kepada penerbit untuk mengumumkan mengenai perkara itu kelak.

“Sebagai artis kami terikat dengan kontrak dan tak boleh melangkau penerbit dengan memberi kenyataan.

“Saya tak boleh nak cakap kerana ia belum diumumkan penerbit. Saya pasti rakan media ada dengar desas desus tentangnya.

“Jadi saya tak dapat nak kongsikan apa-apa selagi penerbit tak beri kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Penerbit, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah, Syamsul Yusof dan dua lagi pelakon iaitu, Adi Putra serta Beto Kusyairi tidak akan terlibat dalam prekuel Mat Kilau.

Sekadar info, Filem biografi epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta rekod apabila berjaya mencatat kutipan paling cepat iaitu RM97 juta secara keseluruhannya mengatasi filem box office, Munafik 2 iaitu sebanyak RM 48 juta pada tahun 2018.

 

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Beruntung Duma dapat suami romantik macam Judika!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Featured Mon, 5 Aug 2019

Almari pakaian anda tidak teratur isinya? Ikuti nasihat pakar ini

Bila dah tersusun cantik, baru sedap mata memandang.

Trending Sun, 14 Apr 2019

Dua Helikopter Bertembung Dekat Gunung Everest

“Pesawat itu jatuh ke arah helikopter ketika berlepas dan bertembung dengan dua helikopter.”

Hiburan Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!