Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 2, 2018 @ 6:43pm

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam pembentangkan belanjawan sulungnya.

Lim berkata berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018).

Lim dalam belanjawan itu berkata kerajaan akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan alternatif untuk mengurangkan peranan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bukan teras.

“Ini akan diperintiskan dalam bidang kebajikan melalui usahasama dengan NGO (badan bukan kerajaan),” katanya.

Sebagai contoh, katanya kanak-kanak daripada institusi anak yatim akan dialihkan untuk pemeliharaan berasaskan keluarga.

Lim dalam belanjawan itu berkata kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5 peratus daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

“Jumlah kakitangan akan ditambah seramai 100 orang pada tahun depan bagi memastikan SPRM mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani rasuah dan pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Apr 2024
Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

XTRA XSTAR 2025 semakin mendebarkan! Siapakah 5 finalis bakal berentap di pentas akhir?

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Trending Thu, 24 Dec 2020
Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Alif Hadi dah temui pengganti Yasmin Hani?

error: Content is protected !!