Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 23, 2022 @ 3:57pm

Kes Penderaan Bella: Nasib Siti Bainun Diketahui Esok

Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, akan diketahui esok sama ada dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Memetik laporan Bernama, Hakim Izralizam Sanusi dijadual membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sekiranya wujud kes prima facie terhadap Siti Bainun, maka dia akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya pengasas rumah kebajikan itu akan dilepaskan dan dibebaskan.

28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kes tersebut selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lepas.

Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Terdaulu, Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Aug 2018

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam.

Trending Tue, 17 Apr 2018

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selain itu, dia juga dilabel ‘pilih bulu’ kerana hanya membuat persembahan yang boleh menaikkan namanya sahaja. Namun, Syamel telah tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

These 10 Celebrities and Their Cats Will Make You Wish You were Their Pet

Did you even know that some of these celebrities love kitty cats this much?

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Events Fri, 6 Sep 2019

Orang Sabah, Jom Serbu Karnival Jom Heboh Hujung Minggu Ini!

Jom orang Sabah kita kasi ramai KJH-Sabah ni ya! Aramaitii!

error: Content is protected !!