Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 11, 2021 @ 6:01pm

Dakwa Wujud Orang Ketiga, Aman RA & Isteri Akhirnya Sah Bercerai

Selepas mendedahkan kisah rumah tangga mereka berantakan, isteri kepada penyanyi rap Aman RA, Natiqah Rahmat akhirnya mengesahkan beliau telah berpisah dengan suaminya.

Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 Mac 2020 akhirnya disahkan mahkamah pada 5 Ogos lalu.

“Seperti yang dimaklumkan status perkahwinan saya dan bapa kepada anak-anak saya sudah sah bercerai. Bukan hendak membesarkan, cuma meletakkan noktah kepada cerita yang tersebar sebelum ini.

“Saya belajar untuk bersuara dan berhadapan dengan pelbagai emosi, kerana saya bukan orang yang saya kenali selama ini. Biarlah siapa salah siapa betul itu menjadi sejarah kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Betul banyak impak apabila rumahtangga itu hancur namun ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih banyak yang perlu dilalui dan ditempuhi. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan saya kekuatan, sokongan dan doa.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak media kerana belum bersedia memberi kenyataan ketika itu. Dari lubuk hati saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya

Terdahulu, pada Februari lalu Natiqah menerusi beberapa hantaran dalam Instagram Story mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas kecurangan terbongkar.

Malah, dia juga mendakwa sudah menghalau penyanyi Budak Flat itu dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

 

Difahamkan, Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 34, telah membuat lafaz cerai sebanyak empat kali.

Walaubagaimanapun, Natiqah berkata beliau dan bekas suami mengenepikan ego masing-masing agar penceraian tersebut tidak memberi kesan kepada anak-anaknya, iaitu Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

Featured Tue, 25 Jul 2023

Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

Kos anggaran sekadar puluhan ribu sahaja 😲😲😲

Trending Fri, 2 Nov 2018
Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Alhamdulillah, I’m A Mother- Juliana Evans

Pelakon drama Mimpi Sabrina ini memuat naik sekeping foto dan mengucapkan syukur.

error: Content is protected !!