Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2023 @ 3:43pm

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Setelah berjaya merangkul tempat ke-4 dalam program realiti antarabangsa ‘Sing! China 2023’ di Shanghai, nama penyanyi BBNU Vanessa Reynauld, 23, semakin hangat menjadi buah mulut ramai.

Kini, Vanessa tampil dengan single terbarunya yang berjudul IGAU, hasil sentuhan penyanyi dan pengubah lagu terkenal, Naqiu.

Vanessa yang pernah melancarkan lagu duet bersama Naqiu berjudul Rindu Separuh Nyawa meluahkan rasa teruja apabila menerima sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh bintang yang amat berbakat itu.

“Saya sangat teruja melancarkan single ini apabila dapat tahu lagu ini diciptakan khas untuk saya.

“Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Naqiu, kami berduet menerusi lagu Rindu Separuh Nyawa yang dijadikan sebagai runut bunyi rasmi untuk drama tempatan.

“Semenjak itu, Naqiu merasakan saya mampu menyampaikan lagu yang ‘power vocal’ dan menonjolkan lagi kebolehan vokal saya sehinggalah dia membuat keputusan untuk ciptakan lagu IGAU.

“Saya amat menyukai karya IGAU ini kerana Naqiu benar-benar menstrukturkan lagu ini mengikut kesesuaian suara saya,” katanya.

Menurut Vanessa, lagu IGAU mengetengahkan konsep genre balada rock serta mengakui terdapat cabaran dari segi vokal ketika merakam lagu ini.

“Saya sangat teruja dengan konsep kali ini, kerana ia menekankan elemen lagu cinta dan jiwang.

“Lagu ini mempunyai cabaran dalam menyampaikan vokal kerana ia mempunyai perbezaan berbanding lagunya sebelum ini,” ujarnya lagi.

IGAU mengisahkan tentang seorang wanita yang mendambakan seseorang kekasih atau pasangan yang mampu memberikan kasih sayang dan kebahagian buat selamanya.

Selain cabaran dari segi vokal, Vanessa mendedahkan dia juga menghadapi kesulitan ketika menghayati lagu IGAU gara-gara tidak pernah bercinta.

“Bagi yang masih bujang atau belum pernah bercinta, lagu ini sesuai untuk mereka kerana ia mengisahkan tentang seseorang yang memimpikan kekasih yang boleh dijadikan pasangan hidup yang melengkapi antara satu sama yang lain.

“Saya sendiri sebelum ini pun tidak pernah mempunyai pasangan bercinta dan Naqiu pun tahu perkara ini,” katanya.

Lagu IGAU boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Aug 2021

Perdana Menteri Sementara Adalah ‘One Man Show’ – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara, sebagaimana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, selepas menerima peletakan jawatannya tengah hari tadi. “Ia adalah tugas yang terhormat. Saya akan terus jalankan tugas sebagai […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] “Bukan Kembar Kali Ini, Maybe Next One” – Dr Sheikh Muszaphar Tidak Sabar Menanti Jantina Anak Ke-7

Terhibur min 🤣 Next time eh? Bolehh moga dipermudahkan segala urusan untuk dapat anak kembar lagi 🫶🏻

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Itu Perkara Normal” – 15 Tahun Dalam Industri, Yuna Lali Dikecam

Nama Yuna memang tidak asing lagi dalam dunia seni, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara penyanyi berusia 35 tahun itu sering menjadi tumpuan peminat. Memetik laporan mStar penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
OMG Sun, 12 Jun 2022

“Melampau Sangat Ni” – Menari Aksi Twerk, Sabronzo Dolla Dikritik Netizen

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen selepas melakukan aksi tarian yang dianggap tidak bersesuaian. Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli, 27, wanita itu menari tarian ‘twerk’. @sabronzooooparty […]

Events Mon, 21 Jan 2019

Shane Filan and Local Artists Light Up The City of Elmina

It was en epic, star-studded evening.

Trending Fri, 5 Jun 2020