Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2024 @ 6:50pm

“Jaga Diri & Keluarga Dulu Sebelum Kritik Orang Lain” – Diana Danielle Bengang Sikap Tak Terkawal Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang

Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle meluahkan rasa tidak senang terhadap segelintir netizen yang semakin berani menegur atau mengkritik individu lain di media sosial.

Menerusi platform X, isteri kepada aktor Farid Kamil ini menggambarkan sikap netizen zaman kini yang lebih lantang menyuarakan pendapat mereka dengan sewenangnya seakan tidak pernah mencermin diri mereka sendiri.

“Tak fahamlah yang suka tegur-tegur orang kat media sosial, jangan macam ni, jangan macam tu, aurat itu ini.

“Mata pun kena jaga juga. Kalau betul nak jaga, jaga diri dulu dari terjebak dengan media sosial.

“Lubuk segala fitnah, tipu daya, sah-sah melalaikan. Kalau lelaki akan nampak aurat, perempuan vice versa.

“Semua akaun media sosial ada, kalau tengok time spent on phone, sekurangnya beberapa jam sehari scrolling through mindless content,” katanya.

Dalam ciapan sama, Diana berkata tindakan netizen yang gemar menjaga tepi kain orang ini seakan sudah menjadi satu lubuk penyakit yang tidak dapat diubati.

Malah, aktres filem popular Imaginur ini turut sempat membidas perbuatan netizen itu dengan meminta mereka untuk memeriksa perihal keluarga dan anak-anak sendiri terlebih dahulu, sebelum meninggalkan komen di hantaran orang lain.

“Sebab itu, jaga diri dan keluarga dulu.. Pantau apa yang diorang tengok di media sosial. Kalau betul kita immersed dengan kehidupan sendiri, kita tak akan ada masa nak scroll and drop random message on strangers.

“Ni sibuk nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah kemana. Sibuk nak tahu siapa curang siapa, laki bini terabai.

“Most of the time, saya perhatikan je orang yang suka slide DM, komen ni yang akan berkampung dekat akauan gosip artis.

“Lidah, mata, hati tak jaga. Tahu cari salah, condemn, rasa puas dah jalankan tanggungjawab esoknya tu repeat balik modus operandi sama.

“Kalau cakap suruh mind your own business, dia suruh kita bersyukur dia ada untuk tegur. Lah, pergi tegur orang terdekat awak dulu.

“Macam dah jadi penyakit. Kalau awak on media sosial, awak pun lebih kurang saja,” akhirnya.

Diana Danielle suka

Diana Danielle

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA ciapan tersebut telahpun dipadam olehnya.

Artikel Berkaitan: Isu Bahagi Bayar Komitmen Antara Pasangan, Diana Danielle Sifatkan Kehidupan Isteri Akan Dipermudah Sekiranya Bantu Suami – “Jangan Keras Hati”

Artikel Berkaitan: Berat Badan Naik 15kg… Nafi Hamil, Ini Respons Diana Danielle – “2 Orang Anak Dah Cukup, Stop Fat-Shaming”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Featured Wed, 14 Aug 2024
Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Featured Sun, 19 Jun 2022
Trending Fri, 5 Jul 2019

Pemilihan pelakon utama The Little Mermaid cetus kontroversi

Ramai tidak puas hati dengan keputusan Disney

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.

Hiburan Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!