#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain November 1, 2023 @ 6:43pm

#ThrowbackXTRA: Pernah Gagal Berkali-Kali Dalam Pertandingan, Cakra Khan Syukur Kini Mula Dikenali Di Peringkat Antarabangsa

Umum mengetahui, penyanyi Indonesia pernah menyertai program nyanyian America’s Got Talent sekali gus membuatkan namanya mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Cakra tampil berkongsi kesukaran yang pernah dilaluinya sebelum bergelar anak seni.

Menurut Cakra, dia tidak kisah untuk sertai mana-mana pertandingan memandangkan sudah menjadi prinsip hidupnya untuk terus mencari ilmu tanpa henti.

“Banyak orang cakap saya dah ada nama kenapa sertai pertandingan. Ia berbalik kepada prinsip.

“Prinsip hidup saya selagi itu boleh buat saya lebih baik lagi, belajar lagi, saya takkan pernah malu. Hidup ini harus terus belajar,” katanya.

Tambah pelantun lagu Kekasih Bayangan, dia juga pernah beberapa kali kalah dalam pertandingan namun menganggapnya sebagai satu peluang untuk perbaiki kekurangannya.

“Saya pernah rasa kecewa ketika pertama kali menyertai pertandingan yang dibawa oleh arwah bapa saya. Saya nangis dan sangat marah kerana saya kalah. Tapi bila saya kalah saya sedar yang saya cuba perbaiki sesuatu.

“Jadi bila sebelum ini saya kalah ketika buat persembahan, beberapa hari lepas tu saya dapat tawaran. Jadi, saya anggap there’s always something behind of everything,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 8 Nov 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

#ThrowbackXTRA Wed, 18 Oct 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 10 Jan 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 24 Apr 2024
#ThrowbackXTRA Wed, 30 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023