Categories: Tips

5 Tip Buang Rasa Rendah Diri

Rendah diri adalah sesuatu yang terpuji, namun perasaan rendah diri ekstrim sudah tentunya tidak membawa anda ke mana. Bukan bermakna perlu mendabik dada, namun rasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri pasti menyekat kemajuan.

Ini bagaimana anda boleh singkir terus rasa rendah diri:

1. You have done great, sweetie

Mungkin tanpa sedar, sudah banyak rintangan anda hadapi dengan bergaya. Ambil masa untuk merenung kembali pencapaian lalu dan syukuri dengan nikmat dan kebolehan dikurnia. Mungkin tidak seberjaya diimpikan, sekurangnya ada perkembangan, bukan?

2. Perbandingan?

Jangan sesekali! Anda mungkin punya pengalaman sama dengan 10 orang lain, namun tidak semuanya menjalani hidup serupa anda. Setiap daripada kita menjalani hidup berbeza secara total. Jangan sesekali berpendapat seseorang lebih bertuah dek kerana kualiti dimilikinya, mungkin kita tidak sedar derita apa disembunyikan di sebalik keceriaan senyuman itu.

Sentiasa bersikap positif

3. Kalau betul nak, kejar

Kalau benar anda mahu mengecap nikmat berjaya seperti diimpikan sekian lama, go for it! Jangan segan memulakan perbualan dengan crush pejabat sebelah jika benar mahu berkenalan dengannya. Kita tak akan dapat apa-apa dengan hanya berdoa dan mengharapkan keajaiban semata!

4. Cakap

Jika anda rasa anda punya kelebihan untuk menyelesaikan suatu tugasan, jangan teragak-agak untuk bercakap dengan pihak atasan niat anda itu. Pengalaman lalu, kepakaran di tempat sebelum ini selain pendedahan semasa latihan boleh menjadi highlight.

Yakin dengan diri sendiri

5. Anytime is good time

Ramai yang lebih senang bertangguh kerana merasakan belum tiba ‘masanya’ atau tunggu sampai ‘seru’. Well, sometimes become never. Masa yang tepat adalah apabila anda dihidangkan dengan peluang, rebut peluang kerana ianya mungkin tidak kembali.

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops