Categories: Tips

Cara Jean-ius Untuk Memilih Jean Yang Sesuai

Seluar jeans merupakan helaian wajib yang perlu ada dalam almari setiap individu. Menurut psychotherapist dari Harley Street, Christine Webber, seluar jeans menjadi item fesyen kegemaran wanita kerana ia membuat mereka lebih percaya diri dan kelihatan cantik ketika memakainya.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 45% wanita menjadikan seluar jeans sebagai salah satu item kegemaran di mana 90% wanita akan merasa sedih apabila tidak mengenakan seluar jeans. Yang menariknya, beberapa wanita dikatakan rela kehilangan cincin perkahwinan berbanding dengan seluar jeans kegemarannya!

Kini terdapat pelbagai jenis jeans di pasaran antaranya potongan straight cut, boot cut, skinny, super flare, ankle length, boyfriend cut dan high waist. Namun, tidak semua potongan tersebut sesuai dengan bentuk badan anda kerana jika silap pilih, ia menampakkan pinggul anda lebih besar. Cara jean-ius memilih jeans adalah dengan mengenali dahulu bentuk tubuh badan.

Hourglass

Wanita yang memiliki tubuh bentuk hourglass atau curvy sangat bertuah kerana cenderung memiliki saiz payudara dan pinggul yang sama lebar. Memilih seluar jeans potongan straight cut atau boot cut dapat memberikan ilusi yang sama bagi tubuh bentuk hourglass yang menjadi idaman setiap wanita. Mereka yang mempunyai tubuh bentuk ini juga tidak ada masalah untuk memakai potongan lain kerana bentuk tubuh mereka sudah seimbang.

Pear

Mereka yang memiliki bentuk pear mempunyai saiz pinggul dan paha yang besar dan ia menyukarkan seseorang itu memilih apa jua pakaian serta seluar. Namun, seluar jeans jenis boot cut dapat menyelamatkan si pemilik bentuk pear memandangkan potongannya sedikit melebar pada bahagian bawah sekaligus dapat mengimbangi bentuk tubuh badan. Pemilihan warna gelap seperti hitam dan biru gelap juga dapat membantu si pemakai untuk kelihatan lebih ramping.

Epal

Wanita yang memiliki bentuk tubuh sebegini lebih cenderung untuk memiliki bahu yang lebar serta saiz payudara yang besar. Akan tetapi, mereka ini mempunyai saiz pinggul dan pinggang yang sedikit kecil. Oleh itu, mereka yang memiliki bentuk tubuh badan epal ini dinasihatkan untuk memakai seluar jeans jenis boot cut kerana ia mempunyai potongan yang kecil dari bahagian pinggang hingga ke lutut tetapi sedikit melebar dari lutut ke bawah bagi mendapatkan potongan yang menarik.

Lurus

Ada juga kaum wanita yang memiliki tubuh bentuk straight atau lurus di mana mereka ini mempunyai saiz payudara yang kecil dan saiz pinggul yang sederhana. Mereka ini sesuai mengenakan seluar jeans potongan low cut atau low waist. Potongan ini lebih menarik apabila dipadankan bersama tali pinggang besar untuk memberikan ilusi pinggul yang sedikit lebar. Seluar jeans wanita potongan skinny juga amat sesuai untuk memberikan ilusi kaki kelihatan panjang.

 

http://www.sandipointe.com

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops