Categories: Tips

Tak Tahu Nak ‘Handle’ Suami Sibuk Macam Dato’ Aliff Syukri? Baca 5 Tips Dari Datin Shahida Ini!

Pasti ramai wanita di luar sana yang mencemburui Datin Sri Shahida kerana memiliki suami yang kaya raya seperti Dato’ Sri Aliff Syukri. Namun, ramai yang tidak tahu, di sebalik setiap kemewahan pasti ada harga yang perlu dibayar.

Memiliki suami yang sentiasa sibuk menguruskan perniagaan membuatkan Datin Sri Shahida jarang berjumpa dengan suaminya dan perlu menguruskan sendiri hal ehwal keluarga.

Nak tahu bagaimana Datin Sri Shahida menangani suami yang super sibuk? Jom lihat tips di bawah.

 

1. Berdikari

Buktikan wanita bukan insan yang lemah. Jadi supermama! Segala urusan berkaitan anak sakit, hantar ke sekolah, tusyen dan sebagainya cuba lakukan sendiri dan tidak hanya mengharapkan pada suami.

2. Tolak Ansur

Sentiasa tolak ansur dengan suami dan tak perlu makan hati. Jika kita lihat karakter Dato’ Sri Aliff Syukri lagi ‘loud’ dan gila-gila kalau nak dibandingkan dengan Datin Shahida. Tapi Datin tetap sabar dalam melayan karenah si suami. Ingat kalau nak kekal bahagia jangan ego dan haruslah bertolak ansur dalam sesetengah perkara.

3. Memahami

Suami dah mencari nafkah untuk keluarga, jadi kena faham dengan tanggungjawab suami dan jangan merungut. Kesian suami, balik kerja penat-penat kena dengar leteran isteri. Apa kata jadi isteri solehah dengan hidang air atau urut suami anda! Kata sayang suami…

4. Percaya

Bila suami balik rumah lambat, isteri pasti gelisah dan mula fikir yang bukan-bukan. “Ada perempuan lain ke?” Ya, memang wajar untuk kita berasa curiga, tapi cuba untuk think positive dan percaya pada suami.

5. Doa

Pernah dengarkan ungkapan “Di Sebalik Kejayaan Suami Pasti Di Belakangnya Berdiri Seorang Isteri”. Ya, isteri adalah tulang belakang suami. Jadi, beri semangat dan sentiasa doakan kejayaan suami.

Kredit foto : Instagram @shahidaherbs

Ad Ops