Categories: Trending

10 Tahun Menyepi, Malique Cetus Kejutan Dengan “Dipinggirkan”

Penyanyi rap Siqma berjaya mencuri perhatian pendengar muzik tempatan sehingga diberi jolokan ‘The New Malique’ oleh peminat selepas kemunculan lagu Cemas dan Salam 1001. Apatah lagi selepas Siqma muncul dengan single ketiganya ‘Raja Simurgh’ pada Julai lalu.

Lagu yang dihasilkan bersama Kmy Kmo itu, disebut peminat sebagai kolaborasi idaman dalam mengubat rindu mereka terhadap penyanyi rap, komposer dan penerbit tersohor, Malique. Menerusi tona vokal, intonasi rap, seni lirik dan muziknya, Siqma mampu memperdaya peminat sehingga ada yang menyangkakan lagu ‘Raja Simurgh’ itu adalah dendangan dan ciptaan Malique sendiri. Bagai menyahut seruan peminat, Siqma bakal muncul dengan lagu yang mendapat sentuhan Malique menerusi single keempatnya berjudul DIPINGGIRKAN. Turut ditampilkan dalam lagu ini adalah penyanyi duo, Fahimi Rahmat dan Mal Hamka atau lebih dikenali sebagai FML.

DIPINGGIRKAN merupakan ciptaan Malique dan Fahimi Rahmat. Manakala lirik pula ditulis bersama Malique, Kmy Kmo dan Siqma. Malique turut bertindak penerbit rakaman lagu ini. Menerusi DIPINGGIRKAN, Siqma cuba bereksperimentasi dengan rentak R&B pula. Pertama kali mendendangkan karya ciptaan orang lain, DIPINGGIRKAN merupakan percubaan Siqma dalam mempelbagaikan jenis dan gaya muzik dalam  karya keluarannya.

Mengulas tentang pendekatannya dalam memilih berkolaborasi bersama duo FML, Siqma berkata, “Saya percaya dan yakin FML adalah pilhan yang tepat. Ketika proses pembikinan lagu kami ada aura yang sama dan saya amat selesa bekerja dengan mereka.”

DIPINGGIRKAN berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.


Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Muzik, Channel Youtube dan juga Apple Music bermula 20 NOVEMBER 2020.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”