Categories: Trending

Azmi Caliph Buskers Teruja Lagu Tulus Diterbitkan Selepas 12 Tahun

Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengabadikan single Tulus ciptaannya ini buat insan istimewa iaitu isterinya, Nazirah Muhammad.

Lagu Tulus yang merupakan karya pertama beliau telah ditulis pada tahun 2008 dan didedikasikan buat isteri sebagai luahan cinta Azmi Saat pada ketika itu.

” Perasaan saya sangat teruja kerana ini adalah lagu pertama yang saya cipta sendiri. Lebih mengujakan saya lagi apabila lagu ini mendapat sentuhan dari produser terkenal Ezra Kong. Lagu ini saya tujukan khas untuk kekasih saya yang juga merupakan isteri saya kini.”

Mengimbas semula pengalaman Azmi saat tercetusnya ilham menghasilkan lagu ini, Azmi berkata ketika itu beliau sedang menunggu keputusan STPM.

“Saya mengambil peluang untuk mempelajari selok-belok teknik rakaman audio dengan menggunakan komputer melalui kawan-kawan. Lalu, saya gunakan pengetahuan yang dipelajari untuk mencipta single Tulus

” Daripada lirik, melodi, susunan muzik dan rakaman, semuanya saya lakukan sendiri. Single ini umpama projek pertama yang berjaya disiapkan daripada hasil keinginan mahu mencuba,”
Katanya kepada Xtra.

Tambahnya lagi, pada awal tahun 2020 Azmi telah dilamar oleh Valient Music sebagai  artis rakaman. Malah, beliau juga digalakkan mencipta lagu sendiri dan mendalami aspek produksi muzik.

” Sebenarnya memperdengarkan lagu Tulus kepada pihak Valient Music dan mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat Ezra Kong bagi menerbitkan lagu tersebut”

Justeru itu, Azmi berharap menerusi lagu Tulus ini peminatnya sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain, walaupun tidak mendapat balasan seperti yang diharapkan.

Bagi yang mahu mendengarkan single terbaharu dari Azmi Saat ini, bolehlah dengar di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox,  iTunes, YouTube dan juga YouTube Music.

Salma Syahbuddin