Categories: Trending

16 Lagi Kes Baharu Positif Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 13 kes baharu yang dilaporkan adalah berkaitan penularan tempatan manakala tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Tambahnya, 9 daripada keseluruhan kes penularan tempatan itu membabitkan bukan warga Malaysia dan empat kes adalah di kalangan warga Malaysia.

Dan ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu 8,572 kes setakat ini.

www.xtra.com.my

“Kes jangkitan di kalangan bukan warga Malaysia daripada kluster syarikat pembersihan di Selangor membabitkan dua kontak rapat kes positif Covid-19 (kes ke-8,513).

“Enam kes daripada kluster Pedas dan satu kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia,” katanya

295 kes aktif kebolehjangkitan Covid-19

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kes pulih dan sudah dibenarkan discaj pada Ahad. Sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,156 kes, 95.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Salma Syahbuddin