Categories: Trending

Kerajaan Umum Bil Elektrik PERCUMA Selama Tiga Bulan

Selepas rakyat Malaysia terpalit dengan isu lonjakan penggunaan bil elektrik sepanjang tempoh PKP, kini seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang daripada RM77 atau penggunaan bawah 300kWj boleh menikmati bekalan elektrik secara percuma.

Akan dikreditkan dalam bentuk rebat

Pengguna akan mendapat bekalan elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun dimana ianya akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan Julai iaitu dalam bentuk rebat.

Manakala, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih daripada 300kWj sebulan akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Sumber : Google

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, TNB setuju menghentikan tindakan pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

Selain itu, sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pengguna dalam blok tarif 301-600kWj dengan kadar tarif 51.6 sen/kWj.

” Bagi membantu pengguna yang termasuk dalam kategori itu, kerajaan telah memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif 601-900 kWj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60.

” Mereka akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus menjadikan 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September, berbanding hanya dua peratus yang dinikmati sejak April lalu.

RM942 Juta diperuntukkan dalam Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan

Bantuan prihatin elektrik tambahan ini telah diluluskan oleh Perdana Menteri bagi mengurangkan beban rakyat sepanjang tempoh PKP.

Dan secara keseluruhannya, bantuan ini sekaligus dapat dimanfaatkan oleh 7.66 juta pengguna elektrik di Malaysia.

Salma Syahbuddin