Undang-Undang Pelaksanaan Pengurangan Kes Covid-19 Bakal Berkuatkuasa

Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara bagi mengurangkan impak penularan Covid-19 dijangka bakal berkuatkuasa selewat-lewatnya September depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan bahawa proses penggubalan RUU itu sudah kini telah pun berada di peringkat akhir.

Lebih 10 Akta Dikenalpasti

“Lebih 10 akta dikenal pasti akan dipindah di bawah RUU itu termasuk Akta Insolvensi, akta berkaitan pemaju perumahan akan dibawa ke kabinet dan bentang di Parlimen pada Julai ini dan Ogos atau September dijangka boleh kuatkuasa (RUU Covid-19) secepat itu,” katanya selepas sesi lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu, hari ini.

Penguatkuasaan RUU itu diharap dapat meminimumkan impak penularan Covid-19 yang memberi kesan langsung ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri.

Sumber: Harian Metro


Syafiqa Irdina