Trending By: Salma Syahbuddin June 22, 2020 @ 11:00am

Kerajaan Umum Bil Elektrik PERCUMA Selama Tiga Bulan

Selepas rakyat Malaysia terpalit dengan isu lonjakan penggunaan bil elektrik sepanjang tempoh PKP, kini seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang daripada RM77 atau penggunaan bawah 300kWj boleh menikmati bekalan elektrik secara percuma.

Akan dikreditkan dalam bentuk rebat

Pengguna akan mendapat bekalan elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun dimana ianya akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan Julai iaitu dalam bentuk rebat.

Manakala, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih daripada 300kWj sebulan akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Sumber : Google

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, TNB setuju menghentikan tindakan pemotongan elektrik hingga 30 September ini.

Selain itu, sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pengguna dalam blok tarif 301-600kWj dengan kadar tarif 51.6 sen/kWj.

” Bagi membantu pengguna yang termasuk dalam kategori itu, kerajaan telah memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif 601-900 kWj dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60.

” Mereka akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus menjadikan 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September, berbanding hanya dua peratus yang dinikmati sejak April lalu.

RM942 Juta diperuntukkan dalam Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan

Bantuan prihatin elektrik tambahan ini telah diluluskan oleh Perdana Menteri bagi mengurangkan beban rakyat sepanjang tempoh PKP.

Dan secara keseluruhannya, bantuan ini sekaligus dapat dimanfaatkan oleh 7.66 juta pengguna elektrik di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Aug 2020
Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang

Featured Thu, 18 Nov 2021

Penjawat Awam Negeri Johor Terima Bantuan Khas Sehingga RM1,000 Pada…

Wah, berita gembira buat penjawat awam Johor!

Trending Sat, 10 Jul 2021

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti. Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan

Trending Thu, 24 Dec 2020
Trending Wed, 27 Nov 2019

| Live TV