Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa December 23, 2022 @ 6:08pm

Bahasakan Netizen Persoalkan Kenapa Mangsa Banjir Tak Pindah Awal, Ramai Puji Sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman sering melayan karenah pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @hazrinempire, Sajat sedang menjawab persoalan pengikutnya yang memarahi segelintir penduduk atau mangsa banjir yang tidak berpindah lebih awal walaupun sudah disuruh.

“Lagi satu Sajat penduduk ni degil, tak nak pindah awal. Kerajaan dah suruh pindah awal-awal tapi degil tunggu air,” tanya seorang individu.

Tidak mendiamkan diri, Sajat menjawab dan memberi pesanan terhadap individu yang bertanyakan soalan berkenaan agar memahami situasi mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.

“Macam ini lah, macam mana nak kata tak nak pindah awal ke apa. Masalah pindah tu, kalau kau bagi money RM3,000 atau RM5,000 tak apa.

“Ini pindah kosong. Semua angkut semuanya pakai duit ha sendirian berhad macam mana? Orang pun memikir, orang pun lagilah nak makan apa semua.

“Kalau sediakan makan bagus, semua bagus tak apa. Ini bagi tempat pindah je makan sendirian berhad apa semua.

“Kelengkapan tempat tidur pun tak bagus. Macam mana? Ada orang tak selesa. Orang tua ni kadang-kadang dia sanggup duduk kat rumah tu daripada nak pindah-pindah randah, faham tak? Ada sebab juga kenapa dia orang macam itu.

“Sebenarnya masalah pindah-pindah randah ni patutnya tak perlu berlaku dah. Patut dah tahu pindah-pindah randah, tak akan tiap-tiap tahun berlaku nak kena pindah randah?

“Tak akan masalah macam ni tak ada jalan penyelesaian? Mesti ada jalan penyelesaian bukannya pindah randah tu nak kena jalankan penyelesaian.

“Fikir masalah orang, jangan fikir senang cakap, tapi yang orang susah-susah ni yang melaluinya. Memanglah senang kau kata nak pindah apa semua.

“Kalau kau tolong angkutkan ke, seorang satu van ke, angkut satu keluarga ke, apa ke, tak apalah, manislah juga. Ini yang mana tak boleh jalan, sakit lutut ke apa ke tak fikir? As a human being tu tak ada, kau ingat semua orang yang duduk kampung kampung tu semua sihat ke?” jawab Sajat kepada individu tersebut.

@hazrinempire Bertahun2 masalah banjir..😡 #hazrinempire #banjir #sajat #sajattalk #pesansajat #goodvibes ♬ Slam Dunk full – ShutterBugMusic

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan jawapan yang diberi oleh Sajat dan turut memuji keprihatinannya terhadap rakyat.

“Common sense Sajat ni makin hari makin terbaik.

“Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Setuju dengan Sajat.

“Betul tu Sajat, terbaik Sajat prihatin rakyat kesian dia orang.

“Yay ada jugak yang bersuara yang kata suruh pindah awal. Nice Sajat.

“Sajat the best memahami kedudukan rakyat marhaen.

“Sajat lagi faham dari netizen yang hanya pandai pertikaikan itu ini,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 482,000 tontonan, 33,000 tanda suka dan lebih 1290 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Ozlynn Pening Bila Johan Minta Tambah…?

Tambah apa pulak…ada apa-apa ke ni??

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Tragis…Heroin Superman Ditemui Mati Bunuh Diri

Memetik laporan antarabangsa, anak mendiang, McGuane melahirkan rasa lega apabila mengetahui perkara sebenar itu ketika menziarahi rumah ibunya di Montana, Kanada.

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Trending Sat, 26 May 2018

Letupan Disangka Mercun, lelaki VIP Ditembak!

Seorang saksi mendakwa melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ selepas tembakan itu dilepaskan.

Events Thu, 15 Feb 2024