Categories: Trending

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Hanya kerana ingin cantik dan melakukan pembedahan plastik, 3 orang wanita terkandas di Korea dan tidak dapat pulang ke negara asal. Memilih Korea Selatan sebagai tempat percutian kerana ingin melakukan pembedahan plastik.

Selesai sahaja pembedahan plastik,mereka bertiga bukan dapat pulang dengan wajah terbaru tetapi mengalami keadaan bengkak yang agak teruk.

Jian Huahua, wartawan di China telah memuat naik gambar mereka bertiga di sosial media. Gambar mereka yang sedang menunggu di lapangan terbang sambil memegang pasport. Mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan pulang.

Dalam keadaan muka bengkak yang ketara dan berbalut, mereka dikatakan yang wajah sekarang tidak sama dengan wajah didalam pasport. Pasportkan ibarat pengenalan diri individu bukan?

Identiti mereka yang ditahan di lapangan Korea Selatan hingga kini dirahsiakan kepada umum.

Sudahlah tidak dapat pulang ke negara asal, ditahan dan disoal siasat dengan pihak berkuasa di sana. Ngeri tak ngeri inilah yang dialami oleh mereka.

Ingatkan insiden ini berakhir disini rupanya tidak. Pada masa yang sama ada pula sekumpulan wanita yang melalui pengalaman seperti mereka . Ditahan akibat wajah sekarang tidak sama dengan gambar didalam pasport

SGMS Enal