Categories: Oh Lawa

Variasi Penggunaan Bedak Bayi, No. 4 Bikin Rambutmu Kelihatan Segar Sepanjang Hari

Haruman bedak bayi sememangnya menenangkan jiwa. Apalagi kalau mencium bayi yang sudah dibedak, memang seronok dapat gomol biar sampai merah padam muka!

Kegunaan bedak bayi yang mungkin ramai tidak tahu, bukan saja sebagai perlindungan badan, malah banyak lagi trik yang boleh kamu lakukan dengannya. Teruskan membaca informasi seterusnya.

Foto: ShopBack

1. Untuk kekalkan seri wajah

Letakkan sedikit di bahagian wajah yang mudah berminyak untuk menyamar garis-garis halus.

2. Untuk hilangkan rambut yang melekat di badan selepas menggunting rambut

Trik yang ini rasanya ramai yang tahu lebih-lebih lagi kalau memotong rambut di kedai gunting India atau mamak. Semerbak suami kamu sebaik keluar dari kedai.

Triknya: Sapukan sedikit ke leher dan dada, ia akan menangkap sisa rambut yang melekat sekaligus mengelakkan rasa gatal-gatal pada kulit.

3. Sebagai perlindungan sebelum bercukur

Pakaikan di kaki kering sebelum kamu mandi. Tekstur licin dan halus akan membuat proses mencukur lebih lembut.

4. Sebagai syampu kering

Letakkan di rambut yang berminyak untuk menyerap lebihan minyak. Rambut kamu akan kelihatan segar dan pasti ramai yang tak perasan sebenarnya kamu tidak sempat membasuh rambut!

5. Untuk mengelak blisters

Goncangkan sedikit ke dalam kasut kamu untuk menyerap peluh (kurang lembapan bermaksud kurang geseran).

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom