Categories: Trending

36 Calon Bakal Duduki SPM, STPM Dijangkiti Covid-19 Di…

Seramai 36 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah, disahkan dijangkiti COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata kes dikenal pasti menerusi ujian saringan sebelum pelajar dibenarkan kembali ke asrama bagi mengikuti sesi pembelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam berkenaan.

“Setakat 20 Januari, seramai 36 pelajar SPM dan STPM disahkan dijangkiti COVID-19 melalui saringan balik ke asrama mulai 16 Jan lepas,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 Sabah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah bagi memudahkan pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

Kredit foto: Yusuf Mat Isa

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”