Categories: Trending

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Umum maklum, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin baru – baru ini mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan kepada tujuh buah negeri yang dikenakan PKP.

Baca artikel berkaitan : Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Dan RM 500 Kepada..

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Manakala, kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu  dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan  pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 

Tarikh bayaran bagi GPK Tambahan adalah pada Mac 2021 dan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Untuk info lanjut layari https://gkp.hasil.gov.my/#

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”