Categories: Trending

Selepas Alif Satar, Puteri Aishah & Emma Maembong, Kini Aeril Zafrel Pula Disahkan Positif Covid-19

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel berkongsi berita yang dirinya disahkan positif Covid-19.

Menurut Aeril, keputusan itu diperoleh pada Rabu malam selepas dia menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta.

Menerusi muat naik dilaman instagram miliknya, Aeril memaklumkan dia menjalani ujian berkenaan dengan pembantu peribadi yang juga pengurusnya selepas berkunjung ke rumah pembantunya itu  kerana belaiu dilaporkan kurang sihat.

Jalani kuarantin kendiri

Sumber : Instagram @aeril_zafrel

Selepas disahkan positif Covid-19, Aeril kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Bagaimanapun, isteri kepda Aeril Zafrel iaitu Wawa Zainal dan tiga orang cahaya mata mereka disahkan negatif selepas menjalani ujian RTK.

Pelakon yang popular menerusi drama Cari Aku Di Syurga ini juga berharap dan memohon doa daripada semua peminat beliau agar kembali sihat seperti biasa.

Salma Syahbuddin