Trending By: SGMS Enal July 23, 2019 @ 11:15am

40 Unit Gula-Gula ‘Berasap’ Ghost Smoke DiRampas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal.Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 40 unit gula-gula “Ghost  Smoke” di sebuah premis di Kota Bharu menerusi satu pemeriksaan hari ini.

Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata pemeriksaan itu dilakukan hasil aduan orang awam yang mendakwa gula-gula “berasap” itu dijual kepada pelajar sebuah sekolah rendah berdekatan premis tersebut.

“Pegawai penguatkuasa kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang diadukan dan beberapa premis lain terutama berhampiran kawasan sekolah dan kawasan sempadan negara di seluruh negeri Kelantan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai lebih kurang 40 unit “Ghost Smoke Cool Fruit Powder” dijual di sebuah premis berhampiran sebuah sekolah di Kota Bharu yang dijual dengan harga 50 sen seunit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adnan berkata siasatan lanjut mendapati gula-gula berkenaan menggunakan label yang mengelirukan, logo halal yang diragui selain tiada tanda harga.

Katanya semua produk berkenaan telah dirampas dan kes disiasat  di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan atau didenda tidak melebihi RM100,000  bagi bukan pertubuhan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu katanya pemeriksaan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal barang tersebut yang dipercayai diimport dari China.

Beliau berkata pihaknya juga akan menghantar sampel produk berkenaan kepada Jabatan Kesihatan bagi mengenalpasti kandungan produk berkenaan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata  mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Dec 2022

Lagu Cinta Simbolik MonoloQue Kembali Ke Pangkal Jalan

Kumpulan MonoloQue kembali memberi fokus kepada irama dan lagu dengan buah tangan baharu berjudul Lagu Cinta. Lagu Cinta adalah gambaran awal kepada peminat bahawa berkemungkinan album ketiga mereka akan dikeluarkan. Selain itu, Lagu Cinta berkonsep […]

Cahaya Mata Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Gelagat Bilal Bertatih & Bermain Dengan Athisha Khan! – “Macam Anak Patung Berjalan”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pempengaruh Athisha Khan yang memaparkan dia dan anak kepada kakaknya, Neelofa iaitu Bilal sedang bermain di luar kawasan perumahan. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang hampir berumur […]

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Thu, 9 Aug 2018

Pregnant 67-Year-Old Woman Ignores Doctors’ Pleas to Abort Twins

The woman had gotten pregnant through in vitro fertilisation.

error: Content is protected !!