Trending By: SGMS Enal November 5, 2019 @ 9:59am

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Bagi yang tidak tahu, hari ini, 5 November 2019 merupakan Hari Kesedaran Tsunami sedunia yang diasaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena mengingati kejadian-kejadian tsunami di seluruh dunia termasuk di negara-negara Asia pada tahun 2004.

Tsunami merupakan bencana yang jarang berlaku namun kesannya sangat besar sehingga boleh membawa maut.

Dalam 100 tahun terakhir, lebih dari 260,000 orang yang terkorban dalam 58 bencana atau sekitar 4,000 orang yang terkorban kerana tsunami.

Tsunami di Acheh pada Disember 2004 merupakan salah satu bencana yang paling mengejutkan dan menjadi sejarah yang menyaksikan 227,000 orang dari 14 negara terkorban dalam kejadian tersebut.

Kawasan yang paling terkesan dengan bencana itu adalah Indonesia, Sri Lanka, India dan Thailand.

Kenapa memilih tarikh 5 November?

Hari Kesedaran Tsunami Sedunia pada awalnya diutarakan oleh pemerintah Jepun yang mempunyai banyak pengalaman pahit dalam menghadapi bencana tsunami di negaranya.

Pengalaman ratusan tahun menyebabkan Jepun melahirkan ramai pakar dalam bidang kegempaan dan tsunami seperti pakar dalam membuat sistem ujian pengesan tsunami dan membina infrastruktur untuk mengurangkan kesan tsunami pada masa akan datang.

5 November dipilih untuk menghormati kisah nyata dari Jepun iaitu Inamura-no-hi yang bermaksud api dari tompokan padi.

Kisah ini menceritakan mengenai bencana tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di Ansei-Nankai pada tahun 1854.

Tsunami tersebut telah membadai semenanjung Kii yang kini dikenali sebagai Hirokawa yang berada di sebelah barat Jepun.

Seorang ketua kampung dan petani di daerah tersebut yang bernama Hamaguchi Goryo telah berjaya menyelamatkan seluruh penduduknya dengan cara membakar sawah padi miliknya yang berada di atas bukit.

Hal ini dilakukan supaya penduduknya naik ke atas bukit dan memadamkan kebakaran tersebut sekaligus menyelamatkan penduduknya dari bencana tsunami.

Rancangan Hamaguchi itu sebenarnya sangat berkesan dan ia merupakan cara yang disarankan oleh pakar apabila berlakunya tsunami iaitu dengan naik ke tempat tinggi.

Sumber: Kompas.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Jun 2021

Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19. Segmen yang […]

Trending Tue, 6 Nov 2018

Tangisan, Jeritan Kedengaran, Penyelam Indonesia Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Operasi Menyelamat JT-610

Semoga segala urusan pasukan penyelamat dipermudahkan dan jika diizinkan-Nya, kesemua mangsa nahas dapat ditemui semula. Insya Allah…

Hiburan Wed, 26 Apr 2023

Foto Mandi Laut Amir Ahnaf Buat Netizen Tak Keruan

Seronok betul mandi pantai time time raya macamni