Trending By: Salma Syahbuddin December 4, 2020 @ 3:01pm

PKPD Di Lembah Klang, Sabah, Labuan, Perak, Terengganu, Pulau Pinang Dilanjutkan Hingga 3 Januari 2021 Adalah PALSU

Beberapa hari lepas viral mengenai penularan sebuah poster yang turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dilanjutkan dari 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Namun, poster yang tular itu pada Khamis itu mendakwa PKPD di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah adalah itu adalah palsu.

Hanya dikenakan PKPB

Negeri-negeri yang dinyatakan dalam poster tersebut tidak menjalani PKPD tetapi hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 6 Disember nanti.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, tujuh kawasan ditamatkan PKPD bermula Rabu dan Khamis setelah mengambilkira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Manakala PKPD di Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C Ipoh dilanjutkan seminggu selama tujuh hari lagi.

Sebarang makluman mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi kenyataan rasmi.

Untuk mengetahui berita semasa dan perkembangan terkini mengenai PKPB dan Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3.

Sumber : BH, Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

Figura Tue, 2 Apr 2024
Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

Featured Fri, 30 Sep 2022