Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 1, 2023 @ 12:13pm

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Pelakon Afifah Nasir memberitahu dia bukan sahaja tidak mahu bakal suami untuk tidak terlalu aktif di media sosial, malah melibatkan diri dalam bidang hiburan dan menghormati ruang peribadinya.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak gemar meletakkan gambar teman lelaki di Instagram dan berpendapat bahawa tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.

“Memandangkan saya meletakkan had untuk ruang peribadi, saya juga tertarik dengan lelaki yang tidak terlalu taksub dengan media sosial. Bukan semua perkara perlu dimuat naik.

“Kalau boleh tiada akaun media sosial lebih baik. Tetapi, zaman begini jaranglah orang tidak ada Instagram, kan?

“Itu juga antara faktor menarik minat saya untuk menjalinkan hubungan ke arah serius bersama teman lelaki. Dia bukan orang industri dan tidak aktif dengan media sosial,” katanya.

Mengulas tentang perancangan naik pelamin, dia dan bakal suaminya hanya mampu merancang namun selebihnya bergantung kepada ketentuan Allah.

“Perancangan itu memang ada, cuma saya akan sibuk sepanjang tahun sebab ada beberapa tawaran kerja yang saya dah setuju dari awal. Jadi, tak elok pula kalau nak batalkan sebab nak berkahwin.

“Kalau tanya saya, mestilah saya nak (langsungkan) secepat mungkin. Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 19 Dec 2018
LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Trending Hari Ini Fri, 7 Aug 2020

12 Masjid Di Perlis Diarahkan Tutup

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. […]

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!