Trending By: Syamir Shafie October 26, 2023 @ 2:12pm

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Tular di aplikasi Tiktok, pelakon terkenal Nabil Huda menbongkar ‘rahsia’ untuk memiliki ketiak yang putih dan mulus.

Berseloroh dengan warganet, aktres yang mesra disapa dengan nama Abil ini berkongsi video ketiaknya dijilat oleh kucing sendiri.

Video berdurasi 20 saat yang dimuat di laman TikTok milik Abil mengundang ketawa netizen.

@abilsuhaimi Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..🤣😜 #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih ♬ original sound – Nabila Huda

Terdahulu, Abil pernah memuat naik videonya melakukan persembahan dalam teater Muzikal Lantai T Pinkie, baru-baru ini.

Abil yang memegang watak sebagai Nyai Sunarti itu tampil mengenakan pakaian Jawa tradisional yang terdiri daripada kain batik kemban (jarik kemben) lengkap dengan selendang (sampur) yang diikat di pinggang.

Anggun menggenakan pakaian tradisional, kecerahan bawah lengan yang dimiliki Abil menarik perhatian orang ramai.

Nabila Huda Kongsi Momen Ketika Buat Pementasan Teater, Peminat Selamba Minta Tips Putihkan Ketiak

Dalam pada itu, Abil sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa syurga kucing miliknya itu berada di bawah ketiaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen kelakar terhadap video tersebut.

“Oyen rosak.

“Weh, tak geli ke? Kalau aku dah menggelupur.

“Letak perisa apa tu Abil?

“Pemutih semula jadi air liur oyen.

“Wei lama tunggu, ni jawapan kita dapat.

“Mabuk sehari kucing tu.

“Lepasni ramai bela kucing sebab nak ketiak putih,” komen warganet.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Featured Thu, 4 Mar 2021
Trending Mon, 14 Jan 2019

Pekerja Maut ‘Dipenggal’ Bilah Helikopter

Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.