Hiburan By: Khairil Khusyairi October 14, 2023 @ 9:10pm

[VIDEO] Sweetnya! Andi Arsyil Datang Malaysia Lagi Beri Sokongan Pada Puteri Sarah, Ini Respons Empunya Badan…

Aktres Puteri Sarah Liyana menyifatkan kehadiran aktor asal Indonesia iaitu Andi Arsyil untuk menonton persembahannya di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah sebagai tanda sokongan.

Menurut Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kehadiran Andi yang juga sebagai rakan perniagaannya itu bukanlah berseorangan namun ditemani teamnya.

“Kami sebagai rakan perniagaan, jadi kita saling sokong.

“Kalau ada apa-apa pun, Insya-Allah saya dan team tahu dia menyokong sebab dia bukan datang seorang diri tapi bersama team dia juga.

“Kebetulan ketika pertemuan tempoh hari, saya ada di program lawak spontan. Hari ini pun dia datang, saya ada pementasan teater.

“Kita jemput dia untuk datang tengok,” katanya kepada XTRA.

Puteri Sarah
Puteri Sarah ditemui selepas pementasan Teater Pak Pandir Dan Labu-Labu Ajaib di Istana Budaya pada Jumaat.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan Puteri Sarah ditemani Andi ketika di pementasan Teater Pak Pandir Dan Labu-Labu Ajaib sehingga mencuri tumpuan warganet.

Disoal mengenai apakah reaksinya apabila ramai seolah-olah merestui hubungannya bersama aktor filem itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan ia masih terlalu awal untuk perkara itu.

“Terlalu awal untuk bercakap, saya juga takut juga. Takut ‘pisang berbuah dua kali’.

“Jadi, kita tengok macam mana,” ujarya ringkas.

Terdahulu, Puteri Sarah menjelaskan dia kerap bertemu dengan Andi atas urusan kerja dan mereka bersikap profesional.

Namun di media sosial, rata-rata netizen seolah-olah teruja apabila bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu saling berhubung mesra dengan Andi.

Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat Andi Arsyil Sokong Puteri Sarah Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Netizen Komen: “Sweet! Andi Pun Nampak Penyayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Tersipu Malu Video Call Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Sempat Usik Manja… Netizen Doa Moga Berjodoh – “Kamu Jangan Ketawa Tengok Aku…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 May 2018

Soal Berhijab, Sarah Minta Doakan Yang Terbaik!

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta. Alhamdulillah…

Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Trending Fri, 9 Apr 2021
Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Skrip Zaman Sekarang ‘Kayu’, Jangan Bunuh Jiwa Kami!

Perlu ada common sense! Kandungan sesebuah drama itu sendiri tak kira lah cerita hantu atau cerita cinta, semuanya sama. Kebanyakan skrip sekarang, tiada ‘jiwa’…

Hiburan Tue, 3 Sep 2019