Hiburan By: SGMS Faida June 4, 2018 @ 1:38pm

Skrip Zaman Sekarang ‘Kayu’, Jangan Bunuh Jiwa Kami!

“ Kenapa ‘karya’ penulis skrip zaman sekarang mesti ada tiga adegan ini…banyak adegan terserempak, selalu salah sangka, tangkap khalwat. Nilai apa yang sebenarnya ingin anda sampaikan kepada masyarakat?,” demikian luahan pelakon Aiman Hakim Ridza yang kecewa dengan hasil penulisan skrip drama masa kini.

Pelakon berusia 29 tahun ini meminta agar segelintir produksi termasuk pengarah untuk menapis kandungan skrip yang dianggap ‘merepek’.

“ Maaf kebanyakan penulis skrip masa kini tidak ‘menulis’. Sepatutnya sesebuah karya itu menjadi inspirasi, tetapi kebanyakan skrip drama tempatan masih di takuk sama.

“ Industri lakonan Malaysia perlukan perubahan. Perlu tahu, selama ini kita dimomokkan yang pelakon kayu, realitinya skrip kita yang ‘kayu’.

“ Macam mana pengarah boleh lepaskan karya sebegitu, karya sebeginilah yang membunuh industri lakonan,” katanya yang ditemui di Majlis Pra Tonton Drama Pendek Pelangi Cinta di Pavilion Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambah Aiman, hal ini adalah masalah terbesar yang sedang membelenggu drama tempatan.

“ Sampai bila kita nak begini, skrip harus kuat barulah kita sebagai pelakon bersemangat untuk masuk set.

“ Perlu ada common sense! Kandungan sesebuah drama itu sendiri tak kira lah cerita hantu atau cerita cinta, semuanya sama. Kebanyakan skrip sekarang, tiada ‘jiwa’,” katanya.

Aiman yang sudah berpengalaman berlakon selama enam tahun memberitahu pengalaman banyak mengajarnya agar lebih peka dalam pemilihan sesebuah skrip.

“ Sepatutnya setiap kali shooting itu adalah satu pembelajaran baru untuk seorang pelakon. Kadang-kadang saya sebagai seorang pelakon rasa pelik bila dapat skrip. Cukuplah skrip menggunakan ayat yang bukan kita sebut dalam percakapan harian kita. Jangan ‘bunuh’ jiwa kami sebagai pelakon,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.” Katanya

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Lui Peng’s On My Mind MV was Filmed with Just 2 People and 1 Camera!

The quality of the music video is amazing and it’s hard to believe it was literally shot with just one camera and 2 people.

Featured Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Oct 2023