Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 11, 2023 @ 6:00pm

Nak Elak Penyakit Ain, Janna Nick & Dini Schatzmann Elak Terlalu Berkongsi Kemesraan Di Media Sosial – “Tapi Kalau Client Minta, Kena Buat La”

Pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann mengakui tidak gemar terlalu berkongsi kemesraan mereka di media sosial demi mengelakkan penyakit ain dan mata-mata jahat.

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Janna berkata video-video mesra bersama suaminya di Instagram itu atas tujuan bekerja semata, tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak.

“Yang mana korang tengok video sweet itu semua video berbayar. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya tak nak kongsi sebab takut dengan evil eyes.

“Takut nak tunjukkan benda yang terlalu sweet, tap itu permintaan client kita tunaikan lah.

“Ikutkan saya tak nak share, follow Dini pun tak dekat Instagram,” ujarnya.

Demi mengelakkan sebarang kontroversi di masa hadapan, Janna menjelaskan dari awal bahawa mereka langsung tidak mengikuti satu sama lain di Instagram.

“Nak elakkan perkara macam tu lah, jadi lebih baik kita tak follow masing-masing daripada sekarang.

“Daripada nanti orang pertikaikan kenapa dulu follow, sekarang tak follow ha jadi awal-awal kita bagi tahu memang tak follow suami dekat Instagram.

Aktres drama rantaian Cik PA Tuan Ash ini tidak menafikan rumah tangga mereka juga menerima pelbagai ujian seperti manusia biasa cuma tidak dikongsikan di media sosial..

“Saya memang tak ada niat apa-apa, kalau boleh nak elakkan. Bila post terlalu banyak video dan gambar berdua pun kita kalau boleh nak elak penyakit ain.

“Kalau tengok content-content itu it is not the real us. Dari segi clingy tu iya kami berdua tapi nak kata happy sangat-sangat tu tak lah.

“Dalam rumah tangga ada pasang surut, jadi apa yang kami share tu jangan la dengki dengan kami.

“Kita sama, manusia biasa. Ada masa kami bergaduh, tak bercakap cuma tak rekod lah,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Janna dan Dini sah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu dalam satu majlis berlangsung di Langkawi serta hanya dihadiri oleh rakan rapat dan keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat ‘Geram’ Lihat Aksi Mesra Janna Nick & Dini Schatzmann – “Gedik Pun Dengan Laki Sendiri..Seronok Tengok”

Artikel Berkaitan: Rasa Tak Manis Bawa Suami, Janna Nick Terpaksa Berjauhan Dengan Dini Schatzmann Selama 2 Minggu – “Selepas Berkahwin, Ini Pertama Kali…”

Artikel Berkaitan: Setia Beri Semangat, Dini Schatzmann Dah Lali Lihat Emosi Janna Nick Berubah Akibat Diserang Bipolar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Mar 2025

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

Kes ditangguhkan selepas terrdapat kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Spekulasi Berbadan Dua Hangat Diperkatakan, Ramai Doakan Watie Hanifiah

Isteri kepada usahawan yang juga pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa sedang berbadan dua.

Trending Thu, 15 Jul 2021
LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Teh Tarik Pula Di Pasaran?

Produk terbaru ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan bungkusan super kreatif. Dijual pada harga RM 8.40 sahaja, kondom perisa teh tarik ini juga sudah mula jadi bualan di media sosial. 

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Rainbow Returns After 3 Years With a Self-Produced Single

Rainbow’s back to spread colour to the K-Pop industry.

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai

Berhati-hati lah kalau bercuti dengan agen pelancongan ni..

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
Featured Wed, 7 Sep 2022

“Memang Sangat Penat” – Sharifah Sakinah Ulang Alik Sweden Jumpa Suami

Kenalah berkorban kan demi anak dan suami.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

error: Content is protected !!