Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 28, 2025 @ 8:56am

Ajak Orang Ramai Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik, 7 Artis Nasyid Tempatan Bergabung Dalam ‘Hulurkan’

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Daqmie Music Factory dengan kerjasama Perkim Datuk Keramat telah berganding bahu menghasilkan sebuah projek single nasyid berjudul Hulurkan.

Projek ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga satu inisiatif dakwah dan kebajikan yang bertujuan mengumpul dana bagi pelbagai program kebajikan serta pendidikan sepanjang tahun ini.

Menariknya, Hulurkan menampilkan gabungan tujuh penasyid terkenal, iaitu Mestica, Fine, Zaidi Wildan, Darwish, Shidee Khayran, Cahaya Hati serta Daqmie sendiri.

Menurut pengasas Daqmie Music Factory, Daqmie, inspirasi untuk lagu ini datang daripada projek amal We Are The World, yang menggabungkan ramai artis terkemuka Amerika Syarikat pada tahun 1985 bagi mengumpul dana membantu mangsa kebuluran di Ethiopia.

“Sepertimana We Are The World, Hulurkan membawa mesej kemanusiaan yang penuh harmoni dan kasih sayang. Lagu ini mengajak kita semua untuk beramal dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang bakal tiba. Bentuk bantuan itu juga boleh datang dalam pelbagai cara iaitu kewangan, barangan, masa, tenaga, harta atau sekadar doa yang tidak putus-putus,” katanya.

Daqmie turut berkongsi idea untuk projek ini tercetus selepas dia dilantik sebagai duta Perkim Datuk Keramat selama dua tahun. Menurutnya, projek ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya lebih ramai penyanyi atau kumpulan nasyid terlibat, kerana mereka juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh Perkim Datuk Keramat.

Dia juga mendedahkan ramai penyanyi dan kumpulan nasyid di Malaysia telah diajak untuk menyertai projek ini, namun hanya Mestica, Fine, Zaidi Wildan, Darwish, Shidee Khayran serta Cahaya Hati yang memberikan respons positif dan bersetuju untuk terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Perkim Datuk Keramat, Suhaimi Abdul Aziz, menyatakan nasyid sebagai medium seni dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk menyokong usaha dakwah secara berterusan.

“Kami percaya muzik adalah medium yang dekat di hati masyarakat. Melalui single ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran serta mengajak orang ramai untuk menyumbang kepada usaha dakwah dan kebajikan yang kami laksanakan,” katanya.

Pelancaran Hulurkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong enam inisiatif utama Perkim Datuk Keramat. Antara inisiatif tersebut adalah menampung kos operasi Rumah Mualaf PERKIM Datuk Keramat, yang terdiri daripada empat rumah dengan 40 penghuni. Selain itu, dana yang dikumpul juga akan digunakan untuk aktiviti dakwah berterusan seperti kelas pengajian, kebajikan, dan program pendidikan untuk saudara baru serta masyarakat bukan Islam.

Perkim Datuk Keramat juga merancang untuk membeli sebuah van 18 tempat duduk bagi keperluan pengangkutan mualaf. Selain itu, dana yang diperoleh akan disalurkan kepada pembangunan Kompleks Dakwah Mualaf Mahmood di Puncak Alam, iaitu sebuah projek bernilai RM3.5 juta yang bakal digunakan untuk pendidikan, penginapan, dan bimbingan saudara baru.

Turut termasuk dalam senarai inisiatif ini adalah pembangunan semula Sekolah Al Ummah dengan anggaran kos RM3.5 juta bagi memperkasa sistem pendidikan sedia ada. Selain itu, Perkim Datuk Keramat juga menguruskan Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain Al Muqaddasah, yang menaja 15 pelajar asnaf dan anak-anak mualaf agar mereka dapat memperoleh pendidikan yang sempurna.

Dengan pelancaran Hulurkan, Perkim Datuk Keramat berharap lebih ramai pihak tampil menyokong usaha ini, sama ada melalui sumbangan mahupun penyertaan dalam program-program kebajikan yang dianjurkan.

Projek lagu ini mendapat sokongan daripada Yeop’s Kitchen dan dirakamkan di studio Smart Audio dengan bantuan komposer serta jurutera bunyi, Alfa Booty. Lagu ini juga diterbitkan oleh Arteffects Production milik Hafiz Hamidun dengan kerjasama Sony Music Malaysia dan tersedia di semua platform digital.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan, orang ramai boleh menghubungi Perkim Datuk Keramat di alamat No.2A, Jalan Gurney 2, Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur atau menghubungi Suhaimi di talian 019-6039187 dan Hakim di talian 018-2573069. Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun CIMB Bank: 8600320562.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia… Tabah ya Kak Ziana, Insha Allah ada pengakhiran terbaik!

Trending Mon, 26 Nov 2018

Duyung Pinggang Secekak Ditemui Di Pantai Remis. Cantik Sungguh!

Sudah beranak empat, tapi body mantap macam anak dara. Paling mengejutkan ukuran pinggangnya 23 inci saja!

Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Cahaya Mata Wed, 6 Jul 2022

“Saya Merancang Nak Dapat Anak Cepat” – Habis Pantang, Emma Maembong Cuba Dapatkan Zuriat Kedua

Emma dan suami berusaha mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis pantang melahirkan anak pertama.

Drama Sat, 29 Mar 2025

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

error: Content is protected !!