Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 4, 2018 @ 3:16am

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Ziana Zain Mengaku Tidak Pernah Dikasari Fizikal Tetapi…

“ Dia tidak pernah melakukan penderaan fizikal namun penderaan mental itu ada,” kata penyanyi Ziana Zain yang kini bergelut dengan kontroversi rumah tangga dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Hal ini diakui oleh beliau sendiri menerusi program Melodi, semalam.

“ Terlalu banyak perkara berlaku dalam tempoh lebih 20 tahun hidup bersama Armin. Namun, dia tidak pernah melakukan kekasaran fizikal, tetapi penderaan mental itu ada. Saya mungkin boleh tahan, tetapi tidak untuk anak-anak.

“Namun biarlah segala apa yang berlaku selama ini tersimpan menjadi rahsia antara kami. Cukup hanya saya dan anak-anak yang mengetahuinya.

“ Perlu diingat, masing-masing ada maruah yang perlu dijaga. Walaupun sudah tidak bersama lagi, ada beberapa rahsia yang perlu disimpan,” katanya.

Tambah Ziana lagi, dia tidak berasa kesal dengan apa yang terjadi kepada rumah tangganya dan berharap agar dia dan suami dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.

“Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia. Ia ditambah pula dengan insiden yang berlaku terhadap anak saya.

“Jadi mungkin inilah jalan keluar daripada masalah yang membelenggu saya selama berpuluh tahun lalu. Sekarang saya sudah boleh tarik nafas lega kerana tiada lagi perkara yang menyesakkan dada,” katanya. 

Rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 tahun lalu kini di ambang perpisahan apabila penyanyi itu memfailkan permohonan cerai selepas Armin dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka.

Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan pada 28 Jun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap Ziana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Ratusan Peminat Sambut Ketibaan BLACKPINK Di KLIA

Are you ready girls for tonight?

Featured Fri, 28 Mar 2025

‘Anugerah Hati’ Dedikasi Suki Low Buat Anak Autisme

Suki Low berbesar hati dapat mempersembahkan ‘Anugerah Hati’, sebuah lagu yang didedikasikan kepada kanak-kanak autisme.

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Hiburan Wed, 25 Dec 2024

Happy Asmara, Angga Chandra, Restu Van Houten & Poey Stings Kongsi Pentas Bersama Charly, Bakal Meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia

Restu Van Houten, Poey Stings, Angga Chandra dan Happy Asmara bakal meriahkan Konsert Muzik Harmony Setia.

Featured Wed, 10 Jan 2024
error: Content is protected !!