Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir July 6, 2022 @ 3:52pm

“Saya Merancang Nak Dapat Anak Cepat” – Habis Pantang, Emma Maembong Cuba Dapatkan Zuriat Kedua

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja selepas berpantang anak pertama.

Memetik laporan mStar, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, rezeki untuk menimang cahaya mata kedua belum tiba dan percaya Allah mahu mereka memberikan sepenuh perhatian kepada anak pertama iaitu Shariq Gabriel.

“Saya memang ada untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.

“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki… mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” kata Emma.

Menurut pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia sememangnya ingin memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara.

“Sesetengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.

Pada masa sama, Emma berkongsi pengalaman cara penyusuan dan gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya.

“Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.

“Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan,” ujarnya.

Untuk rekod, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 12 Oct 2018
Featured Wed, 11 Jun 2025

Isu Kes Ped*filia, Mekyun Bengang Foto Dimuat Naik Dalam “Group Budak-Budak Sekolah Rendah”

Mekyun enggan berdiam diri susulan isu kes pedofilia melibatkan kanak-kanak diumur umur.

Trending Mon, 5 Nov 2018

Gadis Ini Tular Gara- Gara Wajah Seiras Siti Nurhaliza, Mira Filzah

Sekali pandang macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, dua kali pandang macam Mira Filzah pula. Ish ish… cantik betul awak ni!

Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Misha Omar, Noryn Aziz Dan Siti Sarah Gabung Suara Untuk Konsert Soul Sisters

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment (ERE) itu menjanjikan persembahan berbeza daripada konsert yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

familuv Tue, 9 Oct 2018
error: Content is protected !!