Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella October 24, 2021 @ 4:14pm

“Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing” – Penyewa Dari ‘Neraka’ Buatkan Owner Rugi RM15,000

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa.

@waniejas.property

Penyewa dari neraka, WUJUD 😅 #fypシ #agenhartanah

♬ Stranger – Official Sound Studio

Menerusi laporan mStar, Wanie yang merupakan seorang ejen mengatakan bahawa pada awalnya, dia dihubungi pemilik asal rumah tersebut yang meminta bantuan untuk mencari penyewa baru.

Wanie berkata, pemilik tersebut memaklumkan bahawa penyewa sebelumnya melarikan diri setelah lima bulan duduk dirumah tersebut tanpa membayar sewa.

“Satu hari tu pemilik telefon saya, dia cerita tentang perkara yang berlaku, katanya penyewa sebelum ini lari, dia duduk setahun mula-mula bayar sewa tapi lepas setahun tu sambung kontrak tapi tiada hitam putih, sebab atas dasar kepercayaan owner pada penyewa.

“Bila dah sambung, penyewa tak bayar sewa, pemilik faham sebab masa tu Perintah Kawalan Pergerakan, jadi dia pun lebih kurang je, tapi dalam lima bulan duit langsung tiada masuk dalam akaun,” katanya.

Tambahnya, kondominium tersebut terletak di Bangi, Selangor namun pemilik rumah tersebut tinggal di Pulau Pinang.

Menurut Wanie, penyewa tersebut turut melarikan kunci rumah dan hanya meninggalkan kunci ‘mailbox’. Pemilik terpaksa menghantar set kunci menggunakan pos.

Katanya, pagar unit tersebut turut dikunci menggunakan mangga tetapi suaminya ada membawa gergaji dan terpaksa memotong pagar unit itu.

Mengakui tidak sedap hati apabila tiba di unit terbabit, Wanie bagaimanapun sudah boleh menjangka keadaan rumah tersebut.

“Unit tu awalnya pemilik bagi ‘fully furnished’ tapi penyewa bela kucing sebab ada pasir kucing dalam tu, sofa habis rosak kena cakar, tahi kucing merata, bau hancing.

“Lepas tu meja makan tinggal meja je, kerusi hilang, makanan busung berulat, tilam yang pemilik sediakan rosak, ada satu bilik tu atas tilam ada tahi kucing.

“Tiga pintu pecah, pintu almari pun pecah, sinki yang tercabut masuk dalam cabinet, bekas makanan merata yang dah busuk semuanya, eh banyaklah,” katanya.

Menurut Wanie, pemilik rumah tersebut terpaksa menanggung kerugian lebih kurang RM15,000.

Bukan itu sahaja, bil elektrik juga tertunggak sebanyak RM2,500.

Wanie turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa jujur dan menjaga harta benda orang lain.

 

Sumber: mStar

Kredit Foto: @waniejas.property/TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Dec 2021

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang. Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana […]

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Isteri Dikesan Hamil Bayi Sindrom Edwards, Shah Iskandar Reda Terpaksa Gugurkan Kandungan

Shah Iskandar reda terpaksa gugurkan anak dalam kandungan hidap Sindrom Edwards

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Tue, 30 Aug 2022

Gayakan Pakaian Nampak Paha Di KLFW, Elvina Mohon Maaf

Elvina tampil mohon maaf jika pakaiannya menjolok mata dan timbul rasa kurang selesa peminat.

error: Content is protected !!