Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 23, 2023 @ 6:30pm

Nana Mahazan Kongsi Tips Kekal Bahagia – “Bapa Saya Selalu Ingatkan 3 Rules In Life Ni…”

Penyanyi, pengacara dan usahawan Nana Mahazan tampil menyentuh hati ramai warganet selepas berkongsi tips bahagia, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nana telah mendedahkan tiga peraturan kehidupan yang sering diingatkan oleh bapanya, Mahazan untuk kekal bahagia dalam kehidupan.

Menurut Nana, sekiranya setiap orang memahami tiga peraturan tersebut mereka dapat menjalani kehidupannya dengan tenang dan senang.

“Ini adalah pedoman saya yang saya selalu pegang. Bapa saya selalu ingatkan saya 3 Rules in Life ni. Kalau tiga perkara ni kita tahu, kita akan lebih tenang, senang dan Insha Allah kita akan menang.

“Yang pertama, apa yang bapa saya pesan kita kena faham manusia adalah berbeza-beza. Cara pembesarannya, environment, cara kefahaman, tahap pembelajarannya berbeza.

“Bila kita faham perkara itu, kita tidak akan stress. Kita tak perlu persoalkan kenapa perlu macam tu. Kita selalu fikir orang kena sama dengan kita tapi percayalah, manusia berbeza-beza,” katanya.

Dalam pada itu, Nana turut berpesan agar tidak terlalu meletakkan sebarang harapan terhadapa orang sekeliling bagi mengelakkan rasa kecewa.

“Rules yang kedua, jangan expect anything from sesiapa. Maksudnya kita kenalah buka hati dan minda kita, bersikap terbuka menerima apa yang berlaku.

“Kita punya pengharapan hanyalah kepada Allah yang satu tu betul. Tapi bila kita letak banyak pengharapan pada orang tapi orang tak deliver macam mana yang kita mahu, kita akan lebih mudah kecewa.

“So, konsep dia adalah kita kena selalulah berlapang dada, berfikiran baik, berfikiran terbuka, Insha Allah, kita akan lebih tenang, senang dan menang,” jelasnya.

Malah, dia juga sempat mengingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kelebihan orang lain yang boleh menyebabkan dirinya kurang keyakinan dalam sesetengah perkara.

“Point yang ketiga, jangan biarkan orang lain dictate apa yang kita rasa. Jangan biarkan orang lain tukar mood kita. Jangan biarkan orang lain pengaruhi apa yang kita rasa.

“Maksudnya kita jangan mudah memberikan diri kita dipengaruhi oleh orang lain. Contoh even yang simple kat di media sosial kita rasa macam kita kecil bila tengok perkongsian orang lain. Kita menjadi orang yang live with people validation.

“Kalau you guys betul-betul faham, Insha Allah kita akan lebih tenang, senang dan menang (bahagia),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

Trending Mon, 5 Feb 2018

失火之后全家微笑合影:人都在,家就在

中国网友间最近流传一张充满「正能量」的照片,拍摄者姜托托声称,照片中一家三口站在废墟里开心比YA,他们其实是自己的亲戚,虽然住家毁了,宠物狗也命丧火窟,但他们还是打起精神、露出微笑,积极面对这场悲剧“毕竟人在,家就在。”

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Semoga Awak Dikelilingi Orang Yang Baik”- Nedim Nazri Titip Ucapan Hari Jadi Buat Nora Danish

Bekas suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa sempena sambutan hari lahir aktres itu baru-baru ini.

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Thu, 8 Aug 2024
Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Featured Mon, 5 Jul 2021

Wajar Percepatkan Proses Permohonan i- Citra, Benarkan Pengeluaran Lebih Tinggi

Isu i-Citra masih lagi menjadi perbincangan hangat rakyat di laman sosial. Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebanyak RM 5,000 berkala namun rata ratanya berpendapat ia tidak mencukupi untuk melangsungkan kehidupan. Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat […]

error: Content is protected !!