Featured By: Khairil Khusyairi March 16, 2023 @ 2:09pm

Lah Ahmad Teruja Ceburi Bidang Lakonan – “Dulu Tengok Orang Berlakon Tak Teringin Pun Tapi…”

Penyanyi Lah Ahmad, 42, berkongsi dia teruja menceburi bidang lakonan selepas menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Menurut Lah, peluang untuk meluaskan cabang seninya itu merupakan pengalaman baru yang menarik minatnya.

“Cakap pasal shooting, saya pun dah start berlakon sekarang. Dah mula dah.

“Saya tak sangka seronok juga berlakon. Dulu tengok orang lain berlakon, tak ada teringin pun tapi tawaran tu datang dan pada mulanya bidang terjun.

“Dulu saya ingat hanya kameo, sekadar satu babak sahaja, tapi bila saya sampai rupanya penggambaran dilakukan di Yan, Kedah. Enam hari juga penggambaran,” kongsinya kepada XTRA.

Biarpun baru sahaja berjinak dalam dunia lakonan, Lah akui ia adalah satu proses yang mencabar bagi setiap pelakon.

“Saya akui bukan senang nak berlakon, kadang-kadang ada pelakon dah berbelas tahun pun susah nak bawa satu watak.

“Kemudian tawaran datang lagi, saya sebenarnya seronok tengok filem dan drama, tapi cita-cita nak jadi pelakon itu tak ada.

“Sekarang ini saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama yang paling menarik. Insya-Allah tahun ini akan keluar,” ujarnya.

Lah berkongsi pengalaman tersebut ketika sidang media Soundvalley Festival 2023 di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dalam pada itu, selepas kejayaan konsert sulungnya pada Januari lalu, Lah berpuas hati dengan sambutan yang diberikan kepadanya dan menyifatkan ia adalah satu kepuasan buat semua.

“Alhamdulillah selepas konsert lalu, saya berehat sahaja. Terduduk sekejap.

“Maklum balas pada konsert tersebut sangat positif, kami pun berpuas hati, yang datang kedua-dua hari juga tiket habis dijual. Semua orang puas bila tengok menyanyi sekali dengan saya.

“Saya pun baru dapat merasa buat konsert sendiri. Ketika dulu, saya tak mampu nak buat konsert. Sebelum ni pun, artis kita tak juga boleh buat sebab kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ia satu kepuasan, dah lama saya teringin nak buat dan peminat juga teringin nak tengok saya di atas pentas konsert,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

“We’ll Be Ready…” – BTS Members Share Their Sentiments on Joining the Military

It’s inevitable for all South Korean men but these boys are absolutely ready for it.

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta

Events Sat, 14 May 2022
Events Sat, 22 Oct 2022

Terbawa Karakter Dalam Lakonan, Selalu Dianggap Garang… Sheila Rusly Ingin Jadi Diri Sendiri

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sering diingati dengan karakter yang dilakonkan dalam setiap drama. Dianggap garang oleh warganet, Sheila umpama sudah lali dengan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya. Menurut Sheila, disebabkan karakter garang

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Rasa Sakit Tapi Saya Abaikan…”- Aniq Suhair Patah Tangan Akibat Terjatuh

Baru-baru ini, Pelakon Aniq Suhair dilaporkan mengalami patah tangan kanan akibat terjatuh. Menurut Aniq atau nama sebenar, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 22, sebelum kejadian dia telah melakukan latihan ‘punching bag’ dan tangannya itu mula

Trending Mon, 14 Jan 2019

Hanya Kerana Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Di Gantung

Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat Dan Potong Gaji

| Live TV