Hiburan By: Padin May 7, 2024 @ 3:44pm

“Setiap Hari Selepas Senja Tekanan Darah Tinggi! Tapi Bila Jumpa Doktor, Penyakit Tak Dapat Dikesan” – David Teo

Penerbit filem terkemuka, David Teo, 60, mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir yang membuatkan tekanan darahnya amat tinggi sehingga boleh menyebabkan strok.

Mendakwa ia dilakukan ahli keluarga, David menceritakan semula kisah yang pernah dialami itu membuatkan sikapnya menjadi pelik

“Pengalaman buruk itu terjadi selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapa saya. Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening kepala.

“Setiap hari menjelang senja, bacaan tekanan darah tinggi saya naik. Bermula jam 12 tengah malam hingga pagi, bacaan tekanan darah saya amat tinggi hingga boleh menyebabkan saya kena strok.

“Pada awalnya saya anggap itu normal kerana saya pun sudah berusia. Bagaimanapun, selepas berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, doktor sahkan saya bebas daripada penyakit darah tinggi.

“Ketika itu, pelbagai perkara pelik yang saya lakukan seperti memakai baju berlapis-lapis seolah-olah berada dalam musim sejuk. Apabila nampak cahaya matahari, saya akan menggigil dan saya rasakan jantung berdebar.

“Selepas itu, saya mendapat tahu saya disihir selepas merujuk kepada seorang ustaz. Paling mengejutkan individu yang menganiaya saya adalah ahli keluarga terdekat,” katanya.

David ditemui XTRA pada majlis sambutan Aidilfitri filem Jangan Pandang Belakang 2 (JPB2), di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tambah David, dia hilang minat untuk meneruskan perniagaan gara-gara perbuatan yang dilakukan oleh individu terbabit.

“Sepanjang keadaan itu berlaku, saya sudah hilang minat nak berniaga, tak fikir pasal duit dan ingat nak mati sahaja. Bila rujuk kepada ustaz, barulah dapat tahu yang saya sudah terkena gangguan sihir.

“Ustaz itu dapat lihat dan memberitahu siapa dalang terbabit. Ketika proses rawatan, saya dimaklumkan ustaz, individu berkenaan menyihir saya dengan menghantar lintah ke dalam tubuh saya.

“Lintah itu akan musnahkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Sebulan jugalah saya menderita sebelum pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, David yang juga Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) yang bakal menerbitkan JBP2 mengakui sekuel filem popular terbitannya itu berdasarkan pengalaman dirinya sendiri menjadi mangsa sihir.

Teruja dan saban minggu memantau perkembangan JPB2 arahan Pierre Andre yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini, David tak sabar menanti reaksi penonton yang bakal menyaksikan filem yang dibintangi oleh Emma Maembong, Alif Hadi, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Khatijah Tan dan Cat Farish.

Kredit foto: Utusan & Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 28 Jun 2021
Featured Thu, 17 Mar 2022

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Alhamdulillah, semua jemaah digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ya 🤩😍

Trending Fri, 23 Apr 2021
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Mon, 23 May 2022