Featured By: Aqilah Paharuzi March 17, 2022 @ 2:52pm

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Berikutan Fasa Peralihan Endemik negara yang bakal bermula pada 1 April ini, solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal akan dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan.

Perkara itu di maklumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, yang menggalakkan semua jemaah untuk membawa dan menggunakan sejadah serta telekung sendiri.

Memetik laporan daripada Berita Harian, susulan pelaksanaan perkara untuk merapatkan saf itu telah mendapat kebenaran dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong berpandukan prosedur operasi standard (SOP) bagi melakukan ibadat di masjid dan surau.

Mohd Ajid berkata, kehadiran jemaah ke masjid dan surau tidak tertakluk kepada had usia dan dibenarkan kepada mereka yang sudah menerima vaksinasi COVID-19.

Tambah beliau lagi, solat sunat Tarawih di surau dan masjid dibenarkan untuk membuat 20 rakaat sepanjang Ramadan, serta ibadat Qiamullail juga dibenarkan bermula tengah malam.

“Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan di masjid dan surau, manakala makanan digalakkan disediakan secara berbungkus,” katanya di sidang media.

Beliau berkata, semua kebenaran adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan selaras denagn nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Diharapkan lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan serta disaran terus bermunajat dan berdoa semoga penularan wabak COVID-19 melanda negara segera dapat dibendung, seterusnya mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Kenapa Elyana Menyesal?

Tidak pernah menipu, Elyana nyata kesal dengan tindakan dan tohmahan netizen terhadap dirinya.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

IZREEN AZMINDA NAIK ‘HANTU’

Sebelum Amar menikahi Amyra, Izreen dan Amar menjadi bahan gosip dan usikan netizen sebagai teman mesra.
Jadi, apabila gambar membandingkan wajah anak Izreen ketika bayi dengan anak Amar  yang kononnya seiras, apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh si pengirim?

| Live TV

error: Content is protected !!