Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 23, 2023 @ 3:30pm

Alami Batuk Berpanjangan, Jay Jay Cemas Tidak Dapat Menyanyi Dengan Baik

Penyanyi popular tahun 70-an, Jay Jay tampil berkongsi detik cemasnya ketika dijangkiti virus batuk berpanjangan ketika berada di Norway, bulan lalu.

Menurut Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus, virus batuk tersebut dikatakan telah memberi kesan kepada bahagian tekaknya sehingga tidak dapat bernyanyi dengan baik.

Malah, dia juga menyatakan dirinya sering berasa bimbang sekiranya tidak dapat membuat persembahan dengan baik seperti sebelum ini.

“Sewaktu saya di Norway selama sebulan melawat anak saya yang tinggal di sana, saya diserang virus batuk. Batuk yang tidak berhenti-henti kerana mempunyai kahak degil.

“Sistem perubatan di sana berbeza dengan Malaysia. Kita tak boleh ambil ubat antibiotik, saya hanya makan ubat batuk sahaja.

“Bila saya balik sini sebab ada show, saya menangis kerana batuk tu effect tekak saya. Nak hit high pitch macam sebelum ni susah. Saya down sebab sepanjang saya berkarya saya tak pernah alami sakit tekak lama macam ni,” katanya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Jay Jay ketika ditemui di Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Vol.3, Selasa lalu.

Jay Jay bagaimanapun kembali bersemangat selepas mengetahui penyakit yang dialaminya itu turut berlaku kepada rakan artisnya yang lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan Ramlah Ram.

Malah, pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu turut berharap dia dapat menjayakan Konsert Satu Suara gandingannya bersama Siti Nurhaliza dan Ernie Zakri nanti dijalankan dengan baik.

“Bila saya tahu Siti, Datuk M.Nasir dan Ramlah Ram pun kena. Then, doktor nyatakan virus ni dia bukan datang selalu. Sekali sekala sahaja dia akan datang.

“So saya harap sakit ini akan reda. Hopefully pada 13 Mei tu saya fit. Insya-Allah, fitness kita penting. Saya harap dapat berjumpa semua peminat dah berhibur dengan lagu-lagu yang sedap,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza tampil mengumumkan dirinya bakal mengadakan Konsert Satu Suara Vol.3 anjuran Yayasan Nurjiwa, pada 13 Mei ini.

Konsert tersebut bakal diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, dan bakal menampilkan tiga artis dari era yang berbeza iaitu Jay Jay dan Ernie Zakri.

Orang ramai sudah boleh membeli tiket dengan harga RM288, RM388, RM488, RM588 di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196 sejak semalam, 21 Mac 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Sebagai Gandingan Bersama, Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert Satu Suara Vol.3 13 Mei Ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Jan 2024

Didakwa Bermasam Muka Dengan Nadeera, Ini Respons Ernie Zakri

Perkara pun dah selesai.. All the best Ernie!

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Lima protege mempamerkan persembahan hebat malam tadi. Siapa agaknya yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan konsert Mentor 7 separuh akhir pada 23 Disember pada jam 9 malam di TV3. Tak sabarnya!

Events Thu, 15 Dec 2022

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga. Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga. […]

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

error: Content is protected !!