Trending By: SGMS Enal January 15, 2020 @ 1:29pm

PLUS guna teknologi dron pantau pergerakan trafik sempena Tahun Baharu Cina

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata penggunaan teknologi dron itu bertujuan memberi maklumat semasa pergerakan dan kelancaran trafik di lebuh raya selain mengoptimumkan penggunaan media sosial.

PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sepanjang cuti Tahun Baharu itu dengan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari biasa.

“Berdasarkan kajian dan analisis, PLUS menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya akan berada pada tahap tertinggi pada 22 hingga 28 Jan serta 31 Jan dan 1 Feb ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baharu Cina di Persada PLUS di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias.

Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, 5,000 kakitangan PLUS akan bertugas pada musim perayaan itu bagi memastikan trafik terkawal di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“PLUS dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia akan membuka laluan kontra di lokasi tertentu, namun ia bergantung kepada keperluan dan keadaan trafik.

“Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan yang memerlukan penutupan lorong akan dihentikan sementara bagi membolehkan pengguna jalan raya menikmati perjalanan tanpa gangguan,” katanya.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihati orang ramai mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung masing-masing.

Sumber =: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Ramai Dakwa Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?

Comel je Sweet Qismina niii 🥰 Betul ke mengandung? 👀

Trending Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] “Silap-Silap Ke Dalam Nanti” – Abby Abadi Pesan Pada Wanita Jangan Menggatal Dengan Suami Orang

Abby Abadi pesan kepada wanita diluar sana untuk tidak ganggu suami orang.