Trending By: Fatin Nurain May 19, 2024 @ 3:50pm

Maryam Younarae, Suami Tak Fikir Panjang Batal Kontrak Jenama Pro-Isr*el

“Saya dan Rizal memang sepakat untuk batalkan kontrak,” demikian kata pempengaruh Maryam Younarae selepas memaklumkan dia dan suaminya, Rizal Ibrahim nekad berhenti bekerjasama dengan produk Pro-Israel.

Menurut Maryam, dia dan suaminya tidak mengambil masa yang lama untuk membatalkan kontrak bersama beberapa jenama terkemuka selepas menyedari mereka penyumbang kepada Zionis.

“Bila membabitkan isu ini (produk Israel), kami terus boikot dan batalkan kontrak serta merta tanpa perlu berbincang lama. Kami juga memilih untuk tidak sambung kontrak dengan jenama pro-Israel.

“Bila pihak pengurusan tanya saya mahu sambung kontrak dengan sebuah jenama tersebut atau tidak, terus saya jawab tak mahu.

“Kami tak perlu ambil masa yang lama untuk berfikir pun sebab memang common sense kan. Saya dan Rizal memang sepakat untuk batalkan kontrak,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Maryam ketika ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan penjagaan kulit, L.Soulle yang berlangsung di Velocity Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Nekad perjuangkan nasib rakyat Palestin, Maryam mengakui dia dan suaminya kini lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama.

Tambah Maryam, dia sentiasa akan menyemak terlebih dahulu latarbelakang setiap jenama sebelum bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi sebarang kempen.

“Sejak daripada tahun lepas, apa sahaja kempen yang kami berdua terima perlu semak sebetul-betulnya sama ada jenama tersebut diboikot atau tidak. Adakah jenama itu berkait dengan Israel atau tidak.

“Daripada situ kami akan buat keputusan sama ada mahu ambil atau tidak. Tetapi kalau dah tahu ada kaitan dengan Israel, memang kami akan tolak,” jelasnya.

Sedikit menganai L.Soulle, jenama produk penjagaan kulit yang berasal dari Korea Selatan ini bebas daripada bahan berasaskan haiwan.

Dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea, produk L.Soulle terdiri daripada lima jenis seperti Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.

Lebih menarik lagi, produk Mist Toner dan Sun Cushion telah diiktiraf sebagai produk terbaik di ‘New Product Awards 2023’ menerusi aplikasi kecantikan nombor satu Korea, ‘Hwahae’.

Kini, L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.

L.Soulle turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform e-dagang, Amazon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Sep 2019

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Sudahlah sedang mengandung 5 bulan dipukul teman lelaki dengan teruk

Events Thu, 24 Mar 2022

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Aduhai kalau dah namanya cef, mestilah selalu pakai baju cef kan.. 😂

Featured Sat, 16 Oct 2021

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah. Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 […]

Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Fri, 29 Jan 2021
Trending Thu, 25 Jun 2020