Featured By: Arfah October 16, 2021 @ 1:47pm

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah.

Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 peratus sasaran penduduk yang sudah divaksin pada hujung tahun.

Setakat ini, jumlah rakyat Filipina yang telah mengambil vaksin adalah 23 peratus.

“Masalah sekarang adalah mereka yang tidak mahu mengambil vaksin. Tolong cari mereka di kawasan rumah anda.

“Mari kita pergi sana ketika mereka tidur dan suntik meraka supaya kita boleh selesaikan masalah ini dengan segera. Saya akan memimpin misi ini,” kata Duterte.

Walaupun begitu, pengambilan vaksin Covid-19 di Filipina adalah tidak wajib.

Menurut Jabatan Kesihatan Filipina, individu perlu menandatangani dokumen kebenaran untuk menyuntik vaksin.

Duterte mengakui bahawa kerajaan gagal untuk mencari pengedar vaksin yang boleh menjual vaksin kepada mereka dimana ia telah menyebabkan Filipina kehabisan vaksin pada awal tahun lalu.

Duterte merupakan presiden yang sangat menitikberatkan pengambilan vaksin kepada rakyat Filipina dan kadang-kadang caranya untuk memastikan rakyat menyuntik vaksin agak brutal.

Ini bukanlah ugutan yang baru dilakukan oleh Duterte. Sebelum ini, Duterte pernah memberi pilhan kepada penolak vaksin sama ada mereka masuk penjara atau amik vaksin.

Presiden Filipina ini turut mengugut untuk menyuntik vaksin babi kepada golongan antivaksin kerana mereka berpotensi untuk membawa virus dan menjangkiti orang sekeliling, lapor Inquirer.net.

“Mereka ini adalah orang bodoh yang tidak mahu divaksin. Jika anda tidak mahu divaksin saya akan suntik anda dengan vaksin babi. Vaksin itu akan benar-benar membunuh virus dan anda sekali,” kata Duterte dalam ucapan mingguannya pada Jun yang lalu.

Adakah anda akan berasa gerun jika kita mempunyai pemimpin yang sangat ganas seperti Rodrigo Duterte?

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Ellie Suriaty Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan Kepada Najib Razak

Tommy terpaksa membatal sidang medianya namun orang ramai terus menjerit dengan laungan ‘bahasa Melayu’.

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

Debaran Kian Terasa, Siapakah Agaknya Yang Bakal Dijulang Sebagai Bintang Paling Popular 2018?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi menghangatkan industri Seni tanah air dengan kemunculannya buat kali ke-31 selepas diperkenalkan pada tahun 1987. Kali ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan termasuklah satu anugerah khas bagi mengiktiraf artis

Trending Mon, 3 May 2021

Wajib Ada Insurans Bagi Jemaah Umrah Kerana…

Wajib ada insurans bagi jemaah okay!

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

“Tolong Hargai Saya..” – Afifah Nasir Kepada Hafreez Adam

Walaupun pernah digosipkan bersama, pelakon Hafreez Adam dan Afifah Nasir menafikan mereka pernah bercinta tetapi hanya berkawan rapat selepas bergandingan bersama di dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit beberapa tahun lepas.  Jadi baru-baru ini, Afifah

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Harris Baba Kembali Menyanyi!

Harris bakal muncul dengan sebuah album Julai ini bagi mengubati kerinduan peminatnya.

Featured Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Featured Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

| Live TV