Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi December 8, 2023 @ 3:03pm

Dedah Detik Anak Hilang Dari Pandangan, Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan Tular 

Tragedi menyayat hati, seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang disahkan telah mati dibunuh oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar, semalam, masih meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat. 

Sejak berita kehilangannya disiarkan sehingga penemuan mayat Zayn di anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya pada malam Rabu, ramai yang menanti perkembangan terkini anak syurga ini. 

Susulan itu, sebuah video rakaman suara seorang wanita dipercayai suara ibu Allahyarham Zayn, iaitu Ismanira Abdul Manaf heboh di platform TikTok.

Menerusi rakaman suara tersebut, wanita tersebut menceritakan bagaimana anak syurga itu ‘hilang’ dari pandangan matanya. 

“Dia (Zayn Rayyan hilang tengah hari masa saya baru ambil dia dari sekolah. Sebelum ambil dia di sekolah, saya pergi beli barang dapur. 

“Lepas tu, sampai dekat rumah, dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia mengamuk nak main taman. Tak nak naik rumah dulu.

“Jadi saya bawa dia sekejap main taman dalam 10 minit. Dah main, saya pun ajak balik rumah,” ujarnya. 

Ketika sedang menaiki tangga balik ke kediaman mereka, Zayn dikatakan mula meragam kerana tidak mahu balik ke rumah.

Wanita dipercayai Ismanira itu mengakui tidak menyedari bila anaknya, Zayn ‘melarikan’ diri kerana dia tidak mendengar sebarang bunyi tapak kasut

“Saya tak pedulikanlah, sebab tengah pegang barang. Saya tak pegang dia tapi dia betul-betul ada di belakang saya waktu itu.

“Saya naik lagi beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia ‘Zayn’, terus tak ada. Senyap macam tu sahaja.

“Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Kasut pun tak ada bunyi. Dia terus lari macam tu saja.

“Saya dah mencari belakang rumah, semak semua tak ada. Memang macam peliklah, sekelip mata laju berdesup,” katanya dalam keadaan bimbang.

Terdahulu, kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mayat Zayn ditemui malam tadi dalam keadaan mengiring di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, Apartment Idaman, Damansara Damai selepas hilang lebih 30 jam sejak tengah hari kelmarin.

@sinardailymy

Moments when the missing 6-year-old austistic child Zayn Rayyan Abdul Matiin was found at 10pm near Idaman Apartment, Damansara Damai during the search operations. He was last seen on Tuesday. #ZaynRayyan #Autism #Autistic #police #Selangor #Damansara #DamansaraDamai #found #SinarDaily

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

Sekadar info, jenazah Zayn Rayyan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, kira-kira jam 7 malam pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

Artikel Berkaitan: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan: Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Artikel Berkaitan: Mati Di Tempat Lain 48 Jam Sebelum Ditemui, Ini Kronologi Kes Zayn Rayyan… Polis Tubuh ‘Task Force’, Panggil Semula Ibu Bapa Beri Keterangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 May 2018

81岁老翁「60年来捐血1172次」救回240万新生儿

来自澳洲雪梨的81岁老翁哈里森(James Harrison)在14岁时生了重病,动完手术后,血液一夕之间获得了罕见抗体,可以制作预防新生儿溶血症(HDN)的药剂,用来拯救尚未出生的宝宝。

Featured Thu, 4 Aug 2022

Selepas Tayang Beli Kereta ‘H’, Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin – “Aku Nak Masuk Minang Kau Ni”

Aduhai, ada ‘H’ je terus nak ajak kahwin eh? 😂 Kalau panggil materialistik kang marah pulak 🫣

Featured Fri, 2 Jun 2023
Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Wed, 17 Aug 2022

‘Boleh Tegur Tapi…’ – Ani Maiyuni Pertahan Kerjaya Sebagai Artis Dangdut

Penyanyi Dangdut, Ani Maiyuni memberi pandangan tentang sikap pengguna laman sosial yang selalu memandang rendah dan menghina kerjaya penyanyi dangdut. Bagi Ani, dia beranggapan golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan dalam memberi […]